Advertisements

Cara Semak Status Perkahwinan Guna IC

Advertisements

Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin mengakhiri hubungan percintaan mereka dengan sebuah ikatan yang sah melalui perkahwinan.

Dengan sebuah perkahwinan, kita bukan saja dapat menghalalkan seseorang malah dapat mengeratkan hubungan silarurahim diantara umat Islam yang lain.

Walaupun perkahwinan adalah sangat digalakkan oleh Islam, namun begitu anda juga harus mengetahui sedikit sebanyak tentang status terkini pasangan anda agar tidak berlakunya permasalahan atau penceraian kelak.

Di sini kami ingin berkongsikan kepada anda cara untuk menyemak status terkini pasangan anda dengan hanya menggunakan Mykad (IC) sahaja.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda buat, antaranya adalah:

Baca juga: Untuk Bakal Pengantin, Ini Kadar Mas Kahwin Terkini Mengikut Negeri

1. Semak Status Perkahwinan Di Portal Rasmi E-Syariah

Sebelum berkahwin dengan pasangan pilihan, anda boleh membuat semakan status perkahwinan secara online melalui ic sahaja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak status perkahwinan:

  • Pilih ruangan SEMAK STATUS KES
  • Pilih Mal (pilih sahaja dahulu, penerangan berkenaan Mal ada di bawah)
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan pasangan anda.
  • Klik butang Cari.
  • Pastikan maklumat peribadi yang terpapar adalah betul.
    Contoh maklumat:
  • Selesai.

2. Semakan Status Perkahwinan Di JPN

  • Sebelum membuat semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN anda perlulah terlebih dahulu menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
  • Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam data JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu.
  • Proses permohonan mengambil masa selama 14 hari bekerja.
  • RM5 dikenakan bayaran bagi setiap tahun pencarian.
  • RM50 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.
  • RM4 bagi bayaran cabutan Daftar Perkahwinan di Bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.
  • Pemohon yang layak memohon adalah:
    – Seorang Daripada Pasangan
    – Anak Pasangan
    – Ibu/Bapa kepada Pasangan
    – Saudara Kandung (Adik Beradik)
    – Peguam

Baca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Semakan Di JPN

  1. Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
  2. Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.
  3. Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).
  4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
  5. Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam:
    – Borang JPN.KC09.
    – Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
    – Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
    – Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
    – Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
    – Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
    – Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
    – Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
    – Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.

Sumber: Portal Rasmi E-Syariah

Baca juga: SOP Akad Nikah / Majlis Perkahwinan / Kenduri Terkini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.