Advertisements

Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online

Advertisements

Wang tak dituntut boleh datang dari komisen, dividen, tuntutan insurans, draf bank yang telah luput, dan sebagainya.

Sebagai contoh, apanila kita terlalu banyak bank didaftarkan atas nama kita, kadangkala tak semua kita gunakan. Akhirnya ada yang telah ditutup dan ada duit yang kita simpan menjadi sejumlah wang tak dituntut (WTD).

Sebenar ada cara untuk kita semak adakah kita ada wang tak dituntut melalui Portal eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara secara online.

Satu hantaran oleh Nurazlina Aini Mahamad Shaharin berkongsi cara untuk semak wang tak dituntut ini secara online.

Menurut beliau, ada sejumlah RM3,322.44 Wang Tak Dituntut yang ada dalam data setelah membuat semakan! Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Dengan kata lain, duit yang tak disangka sangka.

Purple mata hitamku sekejap bila tengok angka tertera. Betul ke ni? Terkelip kelip mata aku tengok? Tulisan kecil sangat, takut tersalah tengok pula. Dah la ada orang tua kat rumah ni kaki bahan jugak. Hahaha..

Macam dapat bonus bro! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? Tak pernah mimpi boleh ada amount sebanyak ni tersimpan kat Akauntan Negara. Aku pun hairan apa yang aku buat dengan duit duit tu dulu..

Tak pernah peduli pun pasal wang tak dituntut sebelum ni. Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga wehh…

U all kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Itu rahsia duit kekal lama.

Baca juga: Cara Daftar Maybank2u Secara Online

Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online

Cara buat semakan Wang Tidak Dituntut secara online boleh dibuat melalui melalui Portal eGUMIS (Jabatan Akauntan Negara Malaysia):

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah 1

Layari https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2

Untuk yang pertama kali, register dahulu. Isi semua maklumat yang diperlukan dan kemudian semak emel untuk verify link yang diberi.

Setelah itu, log in semula dengan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi. Isikan semua maklumat yang diperlukan.

Langkah 3

Klik pada “klik di sini untuk carian wang tak dituntut”.

egumis anm

Langkah 4 dan 5

Masukkan nombor kad pengenalan kita untuk semak wang tak dituntut sama ada wujud atau tidak. Boleh bantu semak untuk ibu ayah juga. Maksimum boleh semak dua nombor kad pengenalan sahaja.

Langkah 6 hingga 10

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut wujud, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar.

wang tak dituntut

Langkah 11 dan 12

Save as PDF dan jadikan lampiran dalam e-mel. Kemudian emelkan lampiran ke [email protected]

Baca juga: Daftar i-Invest: Skim Pelaburan Pencarum KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, Layari laman web
http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-berita-2020-perlis/7833-semakan-wtd-atas-talian-melalui-portal-egumis

Atau hubungi nombor di talian: (+603) 2056 8052/53/54/55

Alamat Ibu Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel No:03-20568000

​​Waktu Operasi Ibu Pejabat

Isnin -Khamis : 8.30pagi hingga 4.30petang
Jumaat: 8.30pagi hingga 12.15tgh
             2.45petang hingga 4.30petang​
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Cuti

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.