Advertisements

7 Cara Senam Untuk Kecilkan Peha Dan Pinggul

Advertisements

Setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita pasti menginginkan bentuk tubuh badan yang ideal dan menawan.

Terjadinya pembentukan peha dan pinggul yang besar adalah disebabkan kurang nya bersenam serta tidak menjaga pemakanan.

Apabila pembentukan pinggul dan peha semakin membesar maka akan berlakunya pergeseran diantara kedua belah peha. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan semasa berjalan kerana selalu berlaga.

Baca juga: Cara Mematikan Duti Setem LHDN

Jenis Bentuk Badan Yang Dimiliki

Terdapat pelbagai cara untuk mengecilkan peha dan pinggul yang boleh anda lakukan, antaranya adalah:

1. Senaman Berbasikal

Walaupun senama berbasikal adalah senaman yang santai tetapi memilik banyak manfaat dari segi kesihatan.

Salah satunya adalah mengecilkan pinggul.Ini kerana senaman ini dapat membakar lemak yang menempel dia area tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Semasa kita berbasikal seluruh tubuh akan turut bergerak sehingga menyebabkan proses pembakaran lemak didalam badan berjalan dengan baik.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda haruslah melakukan senaman berbasikal ini sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.

2. Senaman Squat

  • Jarakkan kaki anda.
  • Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan ataupun tegak ke hadapan sama paras dengan bahu anda.
  • Rendahkan badan secara perlahan-lahan.
  • Bengkokkan lutut sehingga ia dalam keadaan 90 darjah.
  • Pastikan belakang anda kekal tegak dan lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.
  • Berdiri semula dan ulang gerakan yang sama sebanyak 2 set, 15-24 kali setiap ulangan.

3. Senaman Naik Turun Tangga

Senaman ini adalah senaman yang paling mudah dan senang.

Anda boleh melakukan senaman ini di rumah berulang kali sama ada untuk rumah pangsapuri atau rumah 2 tingkat.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ini di pejabat anda jika pejabat anda berada di tingkat atas.

4. Senaman Menjengket (Calf Raises)

  • Letakkan tangan pada dinding atau memegang pemberat, berdiri tegak dan longgarkan lutut anda.
  • Gunakan hujung jari kaki, perlahan-lahan angkat badan anda ke atas.
  • Kemudian, kembali ke posisi asal dan lakukan gerakan yang sama 15 kali.
  • Lakukan 2 set senaman, setiap set merangkumi 15 kali gerakan.

5. Senaman Lunges

  • Berdiri seperti anda ingin mengambil sebuah langkah yang besar.
  • Perlahan-lahan, bengkokkan kaki dan turunkan badan hingga kedua-dua kaki berada dalam keadaan 90 darjah.
  • Tolak badan anda ke atas menggunakan buku lali jika anda ingin kembali ke posisi asal.
  • Sama seperti senaman squat, pastikan belakang anda berada dalam keadaan yang lurus.
  • Jangan biarkan lutut melebihi paras jari kaki.
  • Untuk lebih berkesan boleh gunakan pemberat.
  • Lakukan 1 set senaman, setiap set merangkumi 15 hingga 24 kali gerakan.

6. Senaman Berjalan Laju (Jogging)

Senaman jalan laju atau jogging adalah senaman yang santai tetapi banyak manfaatnya.

Bukan saja boleh mengecilkan peha malah boleh mengecilkan seluruh tubuh badan.

7. Kawalan Pemakanan

Selain senaman, anda juga haruslah menjaga pemakan yang seimbang.

Elakkan pengambilan gula atau makanan manis yang banyak. Pengambilan makanan segera juga tidak bagus untuk tubuh dan kerana tidak mempunyai serat dan zat yang berkhasiat.

Anda haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat dan perbanyakkan makan makanan yang berprotein serta serat.

Boleh amalkan diet Suku Suku Separuh.

Baca juga: Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.