Cara tunai solat jamak qasar sememangnya mudah kerana Islam merupakan agama yang mudah. Ianya merupakan satu rukhsah solat dalam Islam.
Rukhsah solat ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang Islam yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara jamak dan qasar.
Apa itu Jamak
Jamak bermaksud menghimpunkan atau gabungkan. Jadi kita boleh menggabungkan solat zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak.
Jamak terbahagi kepada dua iaitu, jamak takdim dan jamak takhir. Jamak takdim bermaksud menghimpunkan solat pada waktu zohor atau maghrib. Manakala jamak takhir menghimpunkan solat pada waktu asar atau isyak.
Untuk melakukan jamak takhir, perlulah berniat dahulu untuk melakukan solat jamak takhir. Jika terlupa niat, solat zohor perlulah di qada.
Baca juga: 22 Tips Cara Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan Sahaja!
Apa itu Qasar
Manakala Qasar bermaksud memendekkan. Jadi kita boleh memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat sahaja.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Cara solat jamak qasar mudah sahaja. Boleh ikuti cara di bawah ini:
Niat Solat Jamak Takdim
Qasar Jamak Takdim Zohor Dan Asar
Bacaan niat solat zohor untuk jamak takdim dan qasar


Qasar Jamak Takdim Maghrib Dan Isyak
Bacaan niat solat maghrib untuk jamak takdim (tiada qasar).

Bacaan niat solat isyak untuk jamak takdim dan qasar.

Nota:
- Solat Jamak takdim mestilah ditunaikan pada waktu zohor atau maghrib.
- Hanya solat 4 rakaat sahaja yang boleh dipendekkan kepada 2 rakaat.
- Solat kedua mestilah dilakukan terus selesai solat pertama.
Baca juga: Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki & Perempuan Mengikut JAKIM
Niat Solat Jamak Takhir
Qasar Jamak Takhir Asar dan Zohor
Bacaan niat solat asar untuk jamak takhir dan qasar

Bacaan niat solat zohor untuk jamak takhir dan qasar

Qasar Jamak Takhir Isyak dan Maghrib
Bacaan niat solat isyak untuk jamak takhir dan qasar

Bacaan niat solat maghrib untuk jamak takhir (tiada qasar).

Nota:
- Berniat untuk melakukan jamak takhir apabila masuk waktu zohor atau maghrib.
- Solat Jamak takhir mestilah ditunaikan pada waktu asar atau isyak.
- Hanya solat 4 rakaat sahaja yang boleh dipendekkan kepada 2 rakaat.
- Utamakan solat asar dan maghrib sebagai solat pertama.
- Solat kedua mestilah dilakukan terus selesai solat pertama.
Maklumat lanjut layari: laman Mufti WP