Menjelang bulan Ramadhan ini, eloklah kita mengetahui
atau mengulangi kembali cara solat Tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah supaya kita sama-sama dapat menghidupkan malam-malam bulan yang mulia ini.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk mengerjakan solat sunat Tarawih.
Baca juga: Tips Mudah Atasi Bibir Kering Semasa Berpuasa
Hukum Menunaikan Solat Sunat Tarawih
- Hukum menunaikan solat tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut oleh umat Islam sama ada lelaki mahupun perempuan di bulan Ramadhan.
- Dilakukkan di masjid, surau atau tempat-tempat sembahyang orang Islam (kediaman).
Kelebihan Solat Sunat Terawih
- Bagi yang mengerjakan solat Tarawih pada malam bulan Ramadahan dengan penuh ikhlas dan keimanan makan Allah akan ampun kan segala dosanya mereka yang lalu.

Waktu Solat Sunat Tarawih
- Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan
sunat ba’diah dua rakaat.
Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada
juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
Pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan
keberatan.
Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Cara Solat Sunat Tarawih
Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram,
- Kemudiannya ulang lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki (8 rakaat / 20 rakaat)
Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih
Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih:

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
sembahyang sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang
tertentu:
- Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
- Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al- Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
- Surah Al-Takathur
- Surah Al-Asr
- Surah Al-Humazah
- Surah Al-Fil
- Surah Quraisy
- Surah Al-Ma’un
- Surah Al-Kautsar
- Surah Al-Kafi run
- Surah An-Nasr
- Surah Al-Masad
- Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan:
- Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah
al-Qadr. - Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah
seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi
malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari
surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
Solat Sunat Witir
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang
sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja.
Bilangan Rakaat Solat Sunat Witir
- Di tunaikan secara berjemaah.
- Tiga rakaat dengan dua salam
Lafaz Niat Solat Sunat Witir
- Bagi dua rakaat yang pertama:

2. Bagi satu rakaat yang akhir:

Nota: Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan
membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat
sembahyang sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:
- Rakaat pertama: Surah al-‘Ala
- Rakaat kedua: Surah al-Kafi run
- Rakaat ketiga:
- Surah al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah al-Nas
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengerjakan solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir di bulan Ramadhan.
Baca juga: 7 Perkara Boleh Membatalkan Puasa