Advertisements

Cara Susun Sijil Dan Etika Ketika Sesi Temuduga SPA

Advertisements

Kebanyakan orang pasti bercita-cita untuk bekerja di sektor kerajaan. Ini kerana banyak kemudahan yang diberikan serta jaminan kerja dalam tempoh masa yang lama.

Sebelum seseorang mendapat sesuatu pekerjaan, mereka haruslah menjalani proses temuduga terlebih dahulu. Ini adalah proses normal yang perlu dijalani tidak kira anda bekerja di sektor awam atau swasta.

Namun tidak semua orang mengambil berat tentang formaliti dalam proses temuduga.

Disini kami kongsikan cara susun sijil dan etika ketika sesi temuduga SPA yang dikongsikan oleh Akmal Rozman di laman Facebook miliknya.

Baca juga: Permohonan Hartani-i Agro Bank

TEMUDUGA

Semasa sesi temuduga perkara yang paling utama pihak SPA akan lihat adalah formaliti seseorang. Antaranya adalah seperti dibawah ini.

1) PENAMPILAN DIRI

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Penampilan diri mestilah sempurna 100% kemas. Berkemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.

2) FAIL TERSUSUN KEMAS

Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:

This image has an empty alt attribute; its file name is image-222.png

– Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)
1. Pencapaian
2. Jawatan
3. Penyertaan

– Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)
1. Pencapaian
2. Jawatan
3. Penyertaan

This image has an empty alt attribute; its file name is image-221.png

– Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.

– Sijil letak yang penting & tidak berulang.

Nota: Pastikan fail cukup-cukup untuk kesemua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang.

3) ADAB/ETIKA KETIKA TEMUDUGA

– Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali.

– Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”

– Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.

– Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.

– Duduk selepas diarahkan.

– Jawab setelah diminta.

– Ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.

Contoh:

“Terima kasih atas soalan”
“Terima kasih atas soalan yang diberikan”

– Buat satu salinan semua isi kandungan fail untuk panel kedua.

– Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.

Penting untuk menyakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari.

Contoh resume yang boleh anda ikuti.

Semoga berjaya!

Sumber: Akmal Rozman

Baca juga: Permohonan Dermasiswa Luar Negara MAIPk 2021

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements