Advertisements

Kemaskini Cara Tebus Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 Di Shopee

Advertisements

Mesti ramai yang tidak tahu ada Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 yang boleh anda tuntut untuk digunakan ketika berjalan-jalan ke Selangor.

Memandang rentas negeri sudah dibolehkan, apa kata ramai-ramai kita tuntun baucar ini sebelum habis. Boleh jimatkan duit nak berjalan-jalan di Selangor nanti!

Lebih 170 pakej pelancongan yang menarik ditawarkan daripada 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor untuk anda semua!

Terma Dan Syarat Tuntutan Baucar

Tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih yang memenuhi kriteria berikut;

  1. Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
  3. Satu transaksi untuk setiap pengguna.
  4. Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sahaja sepanjang kempen.
  5. Pembayaran dilakukan di ‘ShopeePay’ sahaja.
  6. Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai.
  7. Tempoh kempen terhenti jika baucar habis.
  8. Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

Baca juga: Tiket ETS Online Dijual Bermula 12 Oktober Dengan Harga Promosi

Tempoh Sah Laku Baucar

Bagi anda yang memenuhi kriteria di atas, anda boleh menuntut baucar yang bernilai RM100 ini di Shopee sehingga Disember 2021 ini dan baucar tersebut sah sehingga Jun 2022 akan datang!

Cara Tuntut dan Cara Guna Baucar

Baucar boleh dituntut melalui platform e-dagang Shopee https://shopee.com.my/m/kita-selangor.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Apabila anda ingin menggunakan baucar ini untuk pembayaran Pakej Pelancongan yang disenaraikan, anda boleh tebus baucar dengan menggunakan ShopeePay di aplikasi Shopee SAHAJA.

Baucar ini hanya boleh ditebus SEKALI untuk satu transaksi pada satu masa. Baucar juga tidak boleh digunakan untuk promosi lain di Shopee.

Untuk memastikan baucar ini berjaya ditebus, pastikan Pakej Pelancongan yang anda ambil termasuk di dalam Pakej Kita Selangor 2.0.

Baca juga: Cara Check In Air Asia Online Untuk Elak Bayar Caj RM20 Di Kaunter

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.