Berdasar daripada Bajet Belanjawan 2022, kerajaan Malaysia telah bersetuju bahawa Program Baucar Perlindungan Tenang B40 dinaikkan nilai daripada RM50 kepada RM75.
Semuanya, adalah bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapat perlindungan yang secukupnya untuk kelangsungan hidup pada masa akan datang.
Hakikatnya pada hari ini, masih ramai lagi golongan B40 yang dilindungi dengan insurans sedangkan serangan Covid 19 sebelum ini telah pun mendedahkan golongan ini terdedah kepada risiko jaringan keselamatan sosial mereka.
Ini adalah salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022 serta langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial.
Baca juga: Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia Sehingga RM1,000

Disini kami ingin kongsikan cara semakan kelayakan dan penebusan bagi penerima program ini.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Untuk semak status kelayakan bagi program ini boleh dilakukan melalui 2 cara:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Cara 1: Semakan kelayakan melalui laman web https://www.myptv.my/
1. Sila masuk nombor kad pengenalan anda.
2. Klik butang ‘CARi’
3. Anda akan menerima bantuan baucar RM75 secara free dan percuma jika anda layak untuk program skim ini

Cara 2: Membuat semakan terus ke wakil pengendali Takaful atau rakan kongsi / wakil insurans.


Sekiranya anda layak sama ada melalui semakan di laman web atau melalui wakil, maka anda boleh membeli pakej perlindungan ini atau menebus baucar yang ditawarkan secara online atau di kaunter.
TERMA & SYARAT BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG
- Layak untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
- Penerima yang layak hanya boleh menggunakan baucar ini SATU (1) kali sahaja untuk membeli/ menyertai SATU (1) polisi/sijil, walaupun premium/sumbangan kurang dari RM75 (tidak boleh lebih dari satu polisi/sijil).
- Digunakan sekali sahaja (pembatalan dan penggunaan semula HANYA dibenarkan semasa tempoh percubaan).
- Pulangan tunai atau Pembayaran balik tunai tidak dibenarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Perlindungan Tenang sila terus ke laman web https://www.mycoverage.my/
atau
Hubungi Pusat Panggilan PTV di talian 03-77239333 ; (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi- 6.00 petang sahaja)
Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022