Advertisements

Cara Tebus Baucer Diskaun Buku Semarak Membaca Bernilai RM10

Advertisements

Baucar Buku Semarak Membaca adalah inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.

Ia bertujuan untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Objektif

Berikut merupakan objektif Program Baucar Buku Semarak Budaya Membaca ini diadakan:

  1. Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
  2. Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
  3. Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka.

Baca juga: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000

This image has an empty alt attribute; its file name is image-7-1024x494.png

Tarikh Penebusan Baucer Diskaun

  • Tarikh Bermula : 1 April 2022
  • Tarikh Tama : 31 ogos 2022

Syarat Penebusan Baucer Diskaun

  • Perbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu resit
  • Memanfaatkan 190,000 penerima
  • Penerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma

Kategori Kedai Buku Boleh Di Tebus

Penebusan baucar buku boleh dibuat di 371 buah kedai buku dan merangkumi 3 kategori,antaranya adalah:

  1. Kedai buku fizikal.
  2. Kedai buku atas talian menerusi e-Sentral Ebook Portal.
  3. Kedai buku di laman e-dagang menerusi aplikasi Shopee.

Cara Penebusan Baucer Diskaun

Berikut merupakan cara penebusan baucer diskaun buku RM10 di kedai buku secara fizikal atau secara talian:

  1. Penebusan Di Kedai Buku Secara Fizikal
  • Sebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh pelusuk negara untuk mengambil bahagian dalam program ini.
  • Para pembaca boleh dapatkan diskaun RM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat.
  • Bermula 1 April sehingga 11 April 2022 mengikut lokasi-lokasi tertentu.

Nota: Senarai kedai-kedai buku tersebut boleh didapati di pautan ini: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Penebusan Di Kedai Buku Secara Talian

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan.

Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

Pengguna kini boleh mendapatkan bahan bacaan digital mereka dimana sahaja, pada bila- bila masa sejajar dengan era norma baharu.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore untuk mula membaca. Selamat membaca! 

Muat turun apps reader eSentral dari:

Nota: Tebus baucar bernilai RM 10 dengan setiap pembelian eBuku khusus daripada penerbit tempatan bernilai RM 20 dan ke atas bersempena dengan kempen Semarak Membaca 2022.

3. Penebusan Di Kedai Buku Secara e-dagang

Jika anda tiada masa untuk ke kedai fizikal, anda juga boleh menebus Baucar Buku Semarak Membaca di Shopee!

Sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan. Klik pautan di sini: https://shopee.com.my/m/pesta-buku-2022

Atau anda boleh membeli mengikut senarai kedai buku pilihan anda di sini: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/

Maklumat Lanjut

  • Tel: +603-7880 5840
  • Fax: +603-78805841
  • E-mel: [email protected]
  • Facebook: SemarakMembaca
  • Instagram: SemarakMembaca

Baca juga: Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.