Advertisements

Cara Tebus RM150 E-Wallet 2022: Syarat Dan Pendaftaran

Apakah Itu Program eStart?

Advertisements

Program eStart merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan serta bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Menerusi program ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet sebanyak RM150 secara one-off kepada pemohon yang layak.

Baca juga: Cara Mohon BKM Bujang 2022- Bantuan Tunai RM350-RM600

Syarat Kelayakan Permohonan eStart

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Jumlah Bantuan e-Wallet yang diterima

  • Bagi mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan e-Wallet sebanyak RM150 setiap seorang.

Cara Untuk Memohon

Pastikan anda telah mendaftarkan diri diantara salah satu alplikasi dibawah ini:

  1. Boost
  2. TNG
  3. ShopeePay
  4. BigPay

Atau anda boleh layari di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Cara Daftar Di Aplikasi TNG, Boost, Big Pay, ShopeePay

  1. Cara Daftar Touch n Go eWallet:

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet melalui:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Google Playstore : KLIK SINI
  • Apple App Store : KLIK SINI
  • Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
  • Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) nombor mudah alih yang unik.
  • Isikan maklumat dan butiran diri pemohon dengan lengkap.
  • Pemohon akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  • Setelah berdaftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

 2. Cara Daftar Boost:

  • Pemohon perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar.
  • Naik taraf (upgrade) kepada Boost Premium bagi yang sudah mempunyai akaun Boost.
  • Sahkan atau verify akaun Boost pemohon.
  • Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan betul.
  • Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.

3. Cara Daftar BigPay:

  • Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
  • Klik APPLY NOW dan pemohon akan diarahkan ke laman web eBelia.
  • Masukkan semua maklumat diri dengan lengkap untuk proses verifikasi.
  • Sebaik sahaja akaun disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan.

4. Cara Daftar ShopeePay:

  • Pemohon perlu memuat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit.
  • Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
  • Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
  • Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  • Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
  • Pemohon boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi di https://www.mof.gov.my/ untuk dapat info-info terkini mengenai program e-start.

Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.