Advertisements

13 Cara Tradisional Untuk Hilangkan Sakit Gigi

Advertisements

Pernah tak anda mengalami sakit gigi yang teruk? Banyak kemungkinan yang berlalu sehingga menyebakan gigi anda sakit.

Ia mungkin disebabkan berlakunya pertumbuhan gigi garham, gigi berlubang atau gigi yang sensitif. Memang tidak dinafikan, peritnya sakit gigi ini sehingga menyebabkan sesorang itu hilang mood, tiada selera makan bahkan boleh demam juga.

Baca juga: Cara Rawat Sakit Gout Secara Tradisional

Terdapat beberapa cara tradisional yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan rasa sakit gigi yang dialami, antaranya adalah:

1. Bawang Putih

Cara 1:

  1. Ambil sebiji bawang putih, kupas kulitnya dan basuh.
  2. Kemudian, hiris bawang putih tersebut dan tampalkan pada gigi yang sakit.
  3. Biarkan selama lebih kurang 1 jam atau sehingga rasa sakit gigi hilang.

Cara 2:

  1. Ambil seulas bawang putih dan tumbuk sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan sedikit cuka dan gaulkan bersama bawang putih.
  3. Kemudian letakkan pada gigi yang sakit.

2. Bunga Cengkih

 Caranya:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit.
  • Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih sehingga hancur.
  • Kemudian isi ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

 3. Limau Nipis

Caranya:

  • Potong limau nipis kepada bahagian kecil.
  • Kemudian perahkan jusnya ke dalam bekas.
  • Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut kemudian titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.
  • Biarkan selama 10 minit. Kemudian ulang semula langkah awal tadi.

4. Uncang Teh Pudina

Caranya:

  • Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit.
  • Pastikan ia tidak panas dan jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk, ia juga berkesan.
  • Anda boleh meletakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit dan letakkan pada gigi yang sakit.

5. Air Garam

Caranya:

  • Tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air suam.
  • Kemudian kumurkan campuran tersebut dalam mulut anda, ludahkan keluar.

6. Bawang Merah

Caranya:

  • Ambil satu labu bawang merah, kupaskan kulitnya lalu dihiris.
  • Kemudian kunyah hirisan bawang tersebut dengan menggunakan bahagian gigi yang sakit sehingga rasa sakitnya hilang.
  • Jika tidak mampu untuk mengunyah, hirisan bawang tersebut kemudian gosokkan pada gigi yang sakit.

7. Biji Asam Jawa

Caranya:

  • Ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisarkan sehingga halus.
  • Kemudian oleskan biji yang telah dikisar itu pada gigi.

8. Minyak Gamat

Caranya:

  • Letakkan minyak gamat pada putik kapas, kemudian sapu pada gigi yang sakit.

9. Tuam Dengan Kiub Ais

Caranya:

  • Ambil beberapa ketul ais dan masukkan ke dalam beg plastik.
  • Kemudian, tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit.

10. Gambir

Caranya:

  • Rendamkan sedikit gambir dalam setengan cawan air suam.
  • Tumbuk sehingga gambir betul-betul hancur.
  • Kemudian masukkan gambir tadi ke dalam gigi yang sakit.

Nota: Jangan letak gambir terlalu banyak atau terlalu kerap ini kerana ia boleh menyebabkan bibir rasa kebas dan kulit mungkin boleh terkena alahan kerana gambir agak ‘panas’.

11. Kapur Dan Daun Sirih

Cara 1:

  • Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih.
  • Sejukkan dan tapiskan.
  • Kemudian berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut sehingga sakit gigi hilang.

Cara 2:

  • Sapu kapur sirih pada daun sirih.
  • Kemudian makan seperti orang tua makan sirih.

12. Lidah Buaya

Caranya:

  •  Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit.
  • Biarkan selama 2-3 jam sehingga dapat menghentikan rasa sakit.

13. Tomato Muda

Caranya:

  • Ambil buah tomato muda dan belah dua.
  • Kemudian masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit.
  • Kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh.

Semoga petua-petua yang kami kongsikan ini dapat membantu menyelesaikan masalah sakit gigi anda. Selamat mencuba.

Baca juga: Cara Bersihkan Sayur Dan Ulaman Daripada Kotoran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.