Advertisements

Cara Tukar Nama Geran Motor Dan Kereta 2021

Advertisements

Sesetengah orang menganggap jika membeli kereta terpakai melecehkan lagi-lagi berkaitan urusan pertukaran nama geran motor dan kereta.

Sebenarnya ada dua cara yang boleh anda buat untuk tukar nama geran motor dan kereta. Cara pertama adalah cara tukar nama geran motor dan kereta secara sendiri dan kedua adalah dengan menggunakan perkhidmatan orang tengah atau ejen.

Baca juga: GCR 2021: Cara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat)

1 – Cara Tukar Nama Geran Motor Dan Kereta Secara Sendiri

Dokumen Yang Diperlukan Dan Tugas Penjual Dan Pembeli

Dokumen Penjual:

  1. Geran asal kenderaan.
  2. Bawa kad pengenalan.
  3. Salinan kad pengenalan pembeli.
  4. Borang JPJK3 yang lengkap diisi (borang pertukaran hak milik secara sukarela).

Tugas Penjual:

  1. Melakukan pemeriksaan puspakom untuk kenderaan selain motosikal dan isi borang Borang B5 Puspakom.
  2. Hadir ke JPJ untuk melengkapkan borang JPJK3 (borang pertukaran hak milik secara sukarela) dan thumb print untuk pengesahan.
  3. Penjual akan dapat slip pengesahan.
  4. Slip tersebut perlu diserahkan kepada pembeli (pemilik baru).
Contoh borang JPJ K3 yang perlu dilengkapkan

Dokumen Pembeli:

  1. Geran asal kenderaan (dapatkan dari penjual).
  2. Bawa kad pengenalan.
  3. Salinan kad pengenalan penjual.
  4. Laporan pemeriksaan Puspakom yang asal (jika kenderaan selain daripada motosikal).
  5. slip pengesahan (dapatkan dari penjual).

Tugas Pembeli:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pembeli (pemilik baru) perlu memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan.
  2. Mengisi borang JPJ K3 (borang pertukaran hak milik secara sukarela) seperti pemilik asal.
  3. JPJ akan keluarkan VOC (Vehicle Ownership Certificate) baharu yang telah ditukar hak milik.
Contoh surat pengesahan thumbprint

Baca juga: Permohonan JOPAC Fasa 2: Bantuan Packet Food & Delivery Services

Tukar Nama Geran Motor Dan Kereta Sekiranya Pemilik Meninggal Dunia

Sekiranya pemilik asal kenderaan tidak mewasiatkan kenderaan sebelum meninggal dunia, waris boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Hanya waris yang memperoleh kenderaan atas nama si mati sahaja yang boleh melakukan proses tukar nama kereta kereta si mati.

Waris juga disarankan untuk membuat permohonan tukar hak milik kenderaan dengan segera sebelum cukai jalan tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau masalah lain yang tidak dapat dielakkan.

Ini kerana pembaharuan cukai jalan atau road tax kereta bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui SEKALI SAHAJA untuk tempoh enam (6) bulan oleh waris terdekat.

2. Cara Tukar Nama Geran Motor Dan Kereta Melalui Ejen

Sekiranya anda rasa prosedur untuk menukar nama geran motor atau kereta adalah renyah dan leceh, anda boleh menggunakan khidmat orang tengah atau ejen.

Dengan menggunakan khidmat egen, penjual dan pembeli tak perlu susah-susah datang ke JPJ. Malah ejen tersebut yang akan datang kepada penjual dan pembeli untuk urusan pengesahan dokumen dan lain-lain lagi.

Dari segi kos pula selalunya ditanggung pembeli melainkan penjual bersetuju untuk menanggung kos proses tukar nama ini bersama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.