Advertisements

Cara Tukar No Telefon Di MySejahtera (Tanpa Padam Akaun Sedia Ada)

Advertisements

Aplikasi Mysejahtera merupakan aplikasi yang penting buat masa ini. Pergi ke mana-mana premis sahaja pasti perlu mendaftarkan diri dengan menggunakan MySejahtera.

Jika anda yang menghadapi masalah di mana akaun lama tidak boleh digunakan lagi kerana nombor telefon sudah tidak aktif, anda sebenarnya boleh mendaftarkan nombor telefon baru TANPA perlu padam atau delete akaun lama terlebih dahulu.

Boleh rujuk melalui langkah demi langkah dalam artikel ini.

Cara Tukar No Telefon MySejahtera Tanpa Delete Akaun Sedia Ada

Jika anda perasan, nombor telefon anda akan tertera pada MySejahtera ID.

Nombor telefon yang berdaftar sebagai MySejahtera ID anda boleh dikemaskini sekiranya anda ingin menukar nombor telefon baru.

Berikut dikongsikan langkahnya:

LANGKAH 1

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pastikan anda kemaskini Mysejahtera pada versi terkini.

Seterusnya buka aplikasi Mysejahtera. Tekan pada profil dan klik menu ( titik tiga baris).

tukar no telefon mysejahtera
tukar no telefon mysejahtera

LANGKAH 2

Tekan tukar MYSJ ID.

Anda juga boleh merujuk beberapa artikel kami berkaitan aplikasi MySejahtera seperti berikut:

LANGKAH 3

Di sini, ia akan memaparkan ID MYSJ semasa anda.

Masukkan no telefon baru anda.

LANGKAH 4

Sekiranya ID MYSJ anda menggunakan emel, tekan pada pautan emel.

Selesai.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk kemaskini nombor telefon dengan mudah tanpa perlu padam dan daftar semula akaun baru.

Jika anda mengalami sebarang masalah atau pertanyaan lain tentang penggunaan aplikasi MySejahtera, sila rujuk MySejahtera HelpDesk di pautan berikut:

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Sumber: Harianpost

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.