Advertisements

Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa

Advertisements

TH menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu membuat penukaran status agar akaun tidak dibekukan dan tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Pengarah Eksekutif Operasi, Mustakim Mohamad berkata, “Hampir 700 ribu pemegang Akaun Kanak-Kanak di TH yang melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti. Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Baca juga: Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Negeri Kedah One-Off RM300

Kesan Apabila Akaun Dibekukan

Akaun Tabung Haji yang melebihi had umur kanak-kanak iaitu 18 tahun akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Baca juga: Musa’adah Tijariyyah 2.0 MAIWP: Bantuan Perniagaan RM3,000

Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu datang bersama anak tersebut ke kaunter cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa.

Waktu Operasi Tabung Haji

Untuk makluman, semua kaunter TH dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Waktu operasi Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

Saranan Tabung Haji

Para pendeposit juga disarankan untuk memastikan akaun TH masing-masing dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.