Advertisements

Cara Tuntut Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2022 bagi ahli TAWAS 2015

Advertisements

Tabung Warisan Anak Selangor atau dikenali dengan skim TAWAS ialah satu skim bantuan tabung kelahiran anak selangor. Ianya telah diwujudkan sejak tahun 2008.

Melalui skim ini, setiap kali anak Selangor yang lahir sahaja secara automatik layak RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pendaftaran Ahli TAWAS

Borang Pendaftaran online sebagai ahli TAWAS boleh didapati di pautan berikut: https://pawas.yawas.my/

Dokumen Diperlukan

Pendaftaran hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :

  • Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
  • Salinan MyKad Ibu dan Bapa
  • Salinan MyKad Penjaga (jika perlu)
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
  • Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi syarat II & III)
  • Surat Pengesahan Penyakit Kronik Dan Masih Dalam Rawatan (Sekiranya Anak Mempunyai Penyakit Kronik)

Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari Tarikh Pendaftaran Online dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Baca juga: Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 Secara Online

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Tuntut Bantuan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2022

  1. Tuntutan PBMS bagi tahun 2022 adalah kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak sebagai ahli TAWAS pada tahun 2015.
  2. Sila hubungi pusat tuntutan bantuan sebelum hadir.
  3. Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan.
  4. Bawa mykid / kad TAWAS sewaktu hadir.
  5. Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda.

Maklumat Lanjut

Sila isikan borang di pautan aduan di bawah jika anda mempunyai sebarang aduan dan juga pertanyaan berkenaan skim TAWAS.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.