Advertisements

Cara Tutup Akaun Astro Online. Tak Perlu Ke Kaunter!

Advertisements

Cara tutup akaun Astro secara online kini boleh dibuat memandang negara kita masih belum pulih dari pandemik. Caranya dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Hafizuan Mahadi.

Terdapat tiga (3) cara yang dikongsikan oleh beliau. Kami akan kongsikan seperti bawah ini:

3 Cara Tutup Akaun Astro

Menurut Hafizuan, terdapat tiga cara untuk menutup akaun Astro. Cara yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini:

  1. Melalui telefon di talian +603 9543 3838 atau +603 9543 1543 (IPTV)
  2. Email ke [email protected]
  3. Walk in ke mana-mana Customer Service Centres / Astro Lifestyle Centres

Daripada 3 cara diatas, Hafizuan lebih suka gunakan email kerana:

  • Jimat bil telefon.
  • Jimat minyak dan parking.
  • Jimat masa sebab tak perlu nak tunggu giliran.
  • Paling penting, ada written evidence.

Baca juga: Cara Kemaskini Data SSM Guna EzBiz

Cara Tutup Akaun Astro Melalui Emel

Prosese menutup akaun Astro melalui emel adalah seperti berikut:

LANGKAH 1

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Hantar email ke [email protected] untuk tahu expired date kontrak Astro kita.

Contoh email saya ada dalam Gambar 1 di bawah. Dalam masa 24-48 jam, pihak Astro akan reply dan bagitau bila kontrak kita expired.

Kalau kontrak masih ada kena bersabar. Kalau nak terminate sangat, boleh juga tapi kenalah bayar penalti.

LANGKAH 2

Hantar email sekali lagi ke [email protected] untuk terminate akaun pula.

Dalam T&C Astro, pelanggan kena bagi minimum satu (1) bulan sebelum notis untuk terminate akaun. (Lebih tepat sebelum next bil dikeluarkan).

Contoh email saya ke Astro ada dalam Gambar 2 ni.

LANGKAH 3

Sekali lagi dalam masa 24-48 jam, Astro akan reply seperti Gambar 3 minta detail akaun kita. Reply emel dengan info yang diminta.

LANGKAH 4

Dalam masa 24-48 jam, pihak Astro akan bagi confirmation termination akaun kita (Gambar 4).

LANGKAH 5

Tunggu panggilan daripada Astro untuk tetapkan temujanji pengambilan decoder. Penalti sebanyak RM1,590+GST akan dikenakan jika decoder tidak dipulangkan.

Jika temujanji untuk pengambilan decoder telah dibuat tetapi tiada tindakan daripada Astro untuk ambil decoder, disarankan untuk simpan decoder dalam keadaan yang baik supaya mudah apabila pihak Astro datang ambil. Atau anda juga boleh pulangkan di rangkain Astro terdekat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.