Advertisements

Cara Ubah Nama Anak Yang Didaftarkan Di JPN

Advertisements

Setiap ibu bapa pasti merasa gembira dan teruja apabila menimang cahaya mata. Tetapi perkara yang paling teruja adalah dengan memberi nama pada anak yang baru lahir tersebut.

Ada ibu bapa yang sudah memilih nama yang ingin di beri kepada anak yang baru lahir denga nama yang sedap dan membawa maksud yang baik.

Ada juga ibu bapa yang sudah memberi nama di JPN tetapi mahu menukarnya kerana menyesal memberi nama anak yang terlalu panjang.

Kepada ibu bapa yang ingin mengubah nama anak kerana terlalu panjang di Jabatan Pendaftaran Negara, anda boleh ikuti cara yang ingin kami kongsikan ini.

Baca juga: Gantian MyKad Online JPN (Hilang Kad Pengenalan / Cip Rosak)

Langkah 1: Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlulah membawa dokumen asal dan sediakan salinan semasa mendaftar, antaranya adalah:

  1. IC ibu bapa
  2. Surat lahir anak
  3. Mykid anak
  4. Sijil nikah

Langkah 2: Isi Borang

Apabila tiba di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) and perlulah mengambil borang di bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Beritahu pada pengawai bahawa anda ingin ubah nama atau potong nama anak.

Langkah 3: Cop Suruhanjaya Sumpah

Apabila sudah isi borang, anda perlu cop terlebih dahulu di Suruhanjaya Sumpah.

Suami dan isteri keduanya perlu untuk tandatangan. Kemudian bawa semua dokumen yang sudah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.

Langkah 4: Bayaran

Jika anak anda masih lagi dibawa umur 2 tahun, bayaran dikenakan adalah RM5.

Jika anak anda berumur 2 tahun keatas, bayaran yang dkenakan pula adalah RM50.

Nota: Hanya anak yang berusia 12 tahun kebawah sahaja dibenarkan untuk mengubah nama.

Contoh Sijil Lahir Sebelum Dan Selepas Di Ubah

Sijil lahir yang belum di ubah nama.

Sijil lahir yang sudah diubah nama.

Jadi kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menukar nama anak anda boleh lah segera membuat perubahan anak sementara masih lagi dibawah umur 12 tahun.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari di laman web JPN.

Sumber: Diana Hezrique

Baca juga: Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran KP19 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.