Advertisements

Cara Untuk Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Advertisements

Pada zaman teknologi serba canggih ini, nampaknya tiada lagi alasan untuk tidak mempunyai Kad Debit. Kerana dengan adanya Kad Debit ia memudahkan anda untuk melakukan transaksi harian sama ada secara tunai atau secara online.

Bukan sahaja boleh melakukan transaksi di dalam negara malah anda juga boleh melakukan transaksi di luar negara. Jika anda pernah menggunakan Online Banking Bank Islam, pasti anda juga pernah mendengar transaksi di luar negara.

Namun ramai juga yang tidak tahu apa itu transaksi International/Overseas. Jadi sebelum anda berangkat keluar negara, anda perlu mengaktifkan Kad Debit Bank Islam anda dahulu agar dapat melakukan transaksi wang di sana.

Sila ikuti langkah dibawah ini bagi tujuan pengaktifan Kad Debit Bank Islam.

Baca juga: Permohonan RAKYATpreneur 2.0 Bank Rakyat: Dana Usahawan Asnaf

Terdapat beberapa syarat yang perlu anda sediakan supaya proses pengaktifan Kad Debit Bank Islam anda berjaya.

Syarat Aktifkan Kad Debit Bank Islam

  1. Anda perlulah mempunyai Kad Debit Bank Islam yang masih lagi aktif.
  2. Anda perlulah mempunyai Online Banking Bank Islam.
  3. Jika sudah berada di luar negara, anda perlu membuat panggilan telefon antarabangsa (overseas).
  4. Anda masih lagi berada di dalam negara.

Untuk mengaktifkan Kad Debit Bank Islam pula, terdapat 2 langkah yang boleh anda lakukan. Antara langkah-langkahnya adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah 1: Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam Secara Online

  • Customer Name, iaitu nama anda.
  • NRIC No.(New), nombor Mykad baru anda.
  • NRIC No. (Old), nombor Mykad lama jika ada.
  • Debit Card No, nombor kad debit anda bagi tujuan pengaktifkan kad debit Bank Islam.
  • Card Expiry Date, masukkan bulan dan tahun tamat tempoh kad anda.
  • Last Transaction, masukkan maklumat tentang transaksi terakhir anda.
  • Mobile No, nombor telefon bimbit anda.
  • Office No, nombor pejabat anda jika ada.
  • House No, nombor telefon rumah anda jika ada.
  • E-mail Address, masukkan e-mel anda pada ruang.
  • Pada bahagian I WISH TO ACTIVE, sila pilih Online Transaction (transaksi online) / Overseas Transaction (transaksi luar negara) atau Both (kedua-dua sekali).
  • Klik atau tandakan (√) pada kotak Please Tick If You Want To Specify The Expiry Date sekiranya anda ingin menyatakan tamat tempoh transaksi.
  • Sekiranya anda tidak klik pada kotak tamat tempoh, perkhidmatan bagi online dan Overseas Transaction akan diaktifkan sehingga tamat tempoh kad debit anda.
  • Activation Start, pilih tarikh mula pengaktifan kad debit anda.
  • Activation End, pilih tarikh akhir pengaktifan kad debit anda.
  • Taip semula Captcha / gambar pada ruangan Word Verification.
  • Baca syarat dan terma lalu klik pada tick pada ruangan
  • Akhir sekali, klik butang Submit.
  • Selesai.

Langkah 2: Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam Melalui Talian Perkhidmatan

  • Hubungi nombor 03-26 900 900.
  • Cakap kepada pegawai bank bahawa anda ingin aktifkan Kad Debit Bank Islam.
  • Sila ikuti arahan pegawai bank, kebiasaannya pegawai bank akan bertanya beberapa soalan seperti No Kad Pengenalan, No Kad ATM atau lainnya bagi tujuan pengesahan.
  • Selepas itu pegawai bank akan aktifkan Kad Debit Bank Islam anda.

Itulah panduan cara aktifkan Kad Debit Bank Islam secara online atau melalui panggilan perkhidmatan.

Baca juga: Cara Untuk Aktifkan Visa Kad Debit Maybank

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements