Advertisements

Cara Untuk Aktifkan Visa Kad Debit Maybank

Apakah Itu Kad Debit?

Advertisements

Untuk pengetahuan anda, kad debit adalah sejenis produk kewangan yang dikeluarkan oleh bank. Kad Debit berfungsi sebagai altenatif lain dalam penggantian WANG TUNAI.

Dengan hanya menggunakan kad debit, anda juga boleh membuat pembayaran atau perbelanjaan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dengan jumlah yang banyak. Ini sangat menjimatkan masa anda daripada beratur panjang untuk mengeluarkan wang tunai.

Namun sebelum anda dapat menggunakan Kad Debit ini, anda perlulah mengaktifkan kad ini terlebih dahulu. Disini kami ingin berkongsikan cara untuk mengaktifkan Kad Debit anda.

Baca juga: Cara Buat Kad ATM Maybank Secara Online Sahaja!

Syarat-syarat Untuk Aktifkan Visa Kad Debit Maybank Di Internet.

SYARAT PERTAMA:

  • Pastikan kad Maybank ATM anda adalah versi terbaru “Gambar Ceri” dan bukannya lama jenis warna kuning-hitam.
  • Kalau masih lagi menggunakan yang lama, silalah tukar di cawangan Maybank.

SYARAT KEDUA:

Boleh rujuk disini cara untuk mendaftar Maybank2U secara online

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Apabila kedua syarat ini telah dipatuhi, barulah boleh aktifkan Kad Visa Debit anda.

Langkah-langkah Untuk Aktif Kad Visa Debit.

LANGKAH PERTAMA:

  • Anda haruslah terlebih dahulu login di Maybank2U.

LANGKAH KEDUA:

  • Masukkan username dan juga password anda.

LANGKAH KETIGA:

  • Lihat bahagian Utilities dan klik pada Maybankcard Secure Online Shopping Registration”

LANGKAH KEEMPAT:

  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik Submit.

LANGKAH KELIMA:

  • Pastikan status berjaya (SUCCESSFUL)

Tahniah! Kini Kad Visa Debit Maybank telah pun di aktifkan.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-6688.

Sumber: MAYBANK2U

Baca juga: Maybank2U Versi Klasik Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada Januari 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.