TABUNG HAJI selalunya menjadi pilihan utama ibu bapa dalam peyimpanan wang anak-anak. Bukan saja banyak kelebihan dalam penyimpanan wang malah boleh mendaftar awal untuk ke Haji.
Sebenarnya untuk pembukaan akaun kanak-kanak Tabung Haji adalah mudah dan boleh dilakukan di semua cawangan Tabung Haji seluruh negara.
Baca juga: Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa
Ciri Kriteria Bagi Pembukaan Akaun Kanak-kanak
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga adalah pendeposit Tabung Haji dan warganegara Malaysia.
- Penjaga perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/ bapa tiri).
Syarat Menjadi Pendeposit Tabung Haji
Sebagai pemengang akaun Tabung Haji, anda haruslah memiliki dua (2) syaarat ini. Antaranya adalah:
- Beragama Islam dan waras.
- Warganegara Malaysia.
Dokumen Penting Semasa Pendaftaran
Sebelum anda pergi ke cawangan bank Tabung Haji, anda perlulah membawa dokumen yang diperlukan bagi tujuan untuk pemprosesan pembukaan akaun. Antara dokumennya adalah:
- MyKad ibu/ayah.
- Sijil Kelahiran atau MyKid anak.
- Minimum RM10 untuk deposit ke akaun Tabung Haji.
Cara Untuk Mendaftar Akaun Anak di Tabung Haji
- Pergi ke kaunter untuk dapatkan borang. Terdapat tiga(3) borang yang perlu di isi:



- Kemudian ambil nombor giliran di kaunter Tabung Haji.

- Pastikan cap jari anda elok supaya tiada masalah semasa pendaftaran nanti

Kelebihan Menyimpan Di Tabung Haji
Terdapat beberapa kelebihan apabila anda membuat simpanan di Tabung Haji antaranya:
- Dijamin 100% oleh kerajaan.
- Dikecualikan daripada bayaran cukai.
- Dibayar zakat 2.5%.
- Tiada had Simpanan di Tabung Haji.
- Simpanan yang berlandaskan syariah Islam.
Penukaran Status Akaun Anak Apabila Cukup Umur
- Penjaga adalah dinasihatkan untuk menukarkan status akaun anak di bawah jagaan yang telah berumur 18 tahun ke atas daripada akaun kanak-kanak ke akaun dewasa.
- Penukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji dengan permohonan daripada penjaga akaun kanak-kanak tersebut.
- Selagi akaun itu masih lagi berstatus akaun kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak tersebut melebihi 18 tahun.
Sumber: Tabung Haji
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Baca juga:
THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Simpanan ASB vs Tabung Haji Mana Lebih Untung?