Advertisements

Cara Untuk Daftar Perniagaan Di Shopee

Advertisements

Jualan secara online semakin hari semakin mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Ini kerana pembelian secara online sangat memudahkan masyarakat dalam membeli sesuatu barang tanpa perlu keluar rumah.

Salah satu platform yang paling diguna pakai adalah aplikasi membeli belah Shopee. Platform Shopee bukan sahaja popular di Malaysia malah antarabangsa.

Namun masih lagi ada peniaga yang tidak tahu cara untuk memulakan perniagaan online di Shoppe. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara untuk mendaftar dan berniaga di aplikasi Shopee.

Sila ikuti langkah di bawah untuk memulakan perjalanan menjual anda!

Baca juga: Tebus Baucar Pelancongan RM100 Shopee

Bagaimana saya mahu membina kedai saya?

1. Daftar akaun di shopee.com.my dengan menekan butang Sign Up.

2. Seterusnya, anda perlu isi dan sahkan nombor telefon dan alamat emel bagi memastikan akaun dan penyenaraian produk anda dapat dilihat oleh bakal pembeli.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Pergi ke Seller Centre dan klik Profil Kedai untuk melengkapkan profil kedai anda.

Terdapat 3 komponen utama bagi profil anda:

  1. Nama kedai

Pilih nama kedai yang lain daripada yang lain dan senang diingati serta melambangkan kedai dan produk anda sementara masih lagi mematuhi Garis Panduan Penamaan Kedai di Shopee.

2. Gambar dan video

Muat naik 5 media (gambar dan/atau video) untuk memberikan identiti jenama yang kuat pada kedai anda.

3. Deskripsi kedai

Cipta deskripsi ringkas dan padat untuk menarik pembeli ke kedai anda. Anda boleh meletakkan maklumat seperti latar belakang kedai anda, jenis produk yang dijual, dan waktu balas chat.

Nota: Jangan isi maklumat peribadi anda seperti alamat emel atau nombor telefon, atau menggalakkan pembeli untuk melakukan transaksi di luar Shopee.

Baca juga: Kemaskini Cara Tebus Baucar Pelancongan Kita Selangor 2.0 Di Shopee

Bagaimana saya mahu membuat penyenaraian pertama saya?

Sebelum anda membuat penyenaraian anda, baca dahulu Prohibited and Restricted Items Policy untuk memastikan produk anda boleh disenaraikan untuk dijual mengikut Terma dan Syarat Shopee. Setelah selesai, anda boleh memulakan langkah seterusnya.

1. Pergi ke Seller Centre dan klik Tambah Produk Baru.

2. Isi nama produk. Tiga kategori yang disyorkan akan muncul secara automatik, dan anda boleh memilih salah satu daripada kategori tersebut atau memilih kategori pilihan anda secara manual.

3. Masukkan deskripsi produk dan atribut produk yang berkenaan.

4. Masukkan harga, jumlah stok, dan variasi (jika ada) untuk produk anda.


5. Muat naik gambar produk anda beresolusi tinggi yang diambil secara profesional.

6. Kemas kini tetapan penghantaran seperti berat, ukuran (saiz bungkusan), caj penghantaran, dan pembekal logistik.

7. Harap maklum bahawa pembekal logistik yang berbeza mungkin akan mengenakan caj penghantaran dan had saiz dan berat bungkusan yang berbeza-beza. Untuk proses penghantaran yang lancar, pilih penyedia Logistik Sokongan Shopee.

8. Untuk mendapatkan lebih banyak tontonan produk dan meningkatkan pendedahan, anda boleh menggunakan fungsi Boost Now. Anda boleh tingkatkan pendedahan untuk sehingga 5 produk setiap 4 jam!

Nota: Klik Simpan dan Kecualikan jika anda ingin mengemas kini penyenaraian tanpa menyiarkan produk di kedai anda. Cara ini boleh digunakan bagi menyediakan penyenaraian anda untuk jualan dan kempen akan datang.

Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Sumber: Shopee

Baca juga: Cara Booking Hotel Murah Di Shopee (Diskaun Sehingga RM100)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.