Advertisements

Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

Advertisements

Senggugut atau dikenali sebagai period pain ketika datangnya haid adalah perkara yang tidak disukai oleh para wanita. Ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi moody.

Lain wanita, lain kesakitan senggugut yang dialami. Selalunya senggugut ini akan terjadi diawal hari datangnya haid. Pada waktu itu emosi wanita akan sedikit terganggu oleh kerana kesan kesakitan yang dialami.

Punca berlakunya senggugut ini adalah disebabkan oleh pengecutan dibahagian rahim. Oleh itu, saluran darah akan menjadi semakin kecil dan kadar oksigen sampai ke rahim juga semakin kekurangan dan akan menyebabkan kekejangan otot dibahagian rahim berlaku.

Bagi mengatasi masalah senggugut ini, disini kami ingin mengongsikan beberapa cara untuk mengatasi masalah senggugut ini yang boleh anda ikuti.

Baca juga: Cara Nak Kempiskan Perut Tanpa Makan Ubat Kurus

Tanda-tanda Senggugut

  • Payu dara terasa tegang
  • Pening kepala
  • Rasa hendak pitam
  • Terasa mual dan muntah
  • Perut kembung
  • Terasa letih, muram dan cepat marah
  • terasa lenguh kaki terta sakit dibahgian ari-ari belakang
  • Sakit yang mencengkam atau cramp secara berterusan

Kesan Senggugut Kepada Wanita

  1. MENTAL- Stress, emosi terganggu dan kesukaran untuk tidur
  2. FIZIKAL- Sukar untuk mengandung atau tidak mengandung

Cara Untuk Melegakan Kesakitan Senggugut Ketika Haid

1. Tuaman Panas atau Heating Pad

Dengan menggunakan tuaman panas dibahagian permukaan perut yang kejang dapat mengurangkan kesakitan senggugut yang dialami. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sakali gus meredakan rasa sakit.

2. Berehat dan bertenang

Merehatkan diri dan bertenang adalah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah senggugut. Ini kerana semasa berehat kita dapat mengawal emosi dan fizikal dengan tenang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Minum Air Suam

Pelbanyakkan minum air suam untuk mengatasi masalah senggugut. Ini kerasa ia dapat melancarkan peredaran darah.

Selain itu, ia juga memberi tenaga dan memberikan kelegaan pada perut anda.

4. Ambil Herba Atau Suplimen

Antara suplemen yang disyorkan yang terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan.

Anda juga boleh membuat teh halia untuk melegakan kesakitan. Caranya, ambik segelas air suam dan dicampurkan dengan segenggam halia yang sudah ditumbuk.

Selain itu, anda juga boleh membuat air teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik.

5. Senaman Rutin

Menurut kajian doktor, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

6. Jaga Pemakanan

Semasa mengalami senggugut, jika boleh elakan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang berminyak, minuman berkafein, snek, gula dan garam yang berlebihan.

Anda digalalakan untuk memperbanyaakkan makanan yang berkhasiat seperti buahan, sayuran dan makanan yang berserat tinggi.

7. Pil Penahan Sakit / Pain Killer

Anda juga boleh mengambil ubatan seperti paracetamol bagi legakan kesakitan senggugut anda. Tetapi harus diingatkan bahawa setiap pengambilan haruslah mengikut dos yang betul.

Namun dengan pengambilan pil penahan sakit ini tidaklah dapat merawat sepenuhnya senggugut cuma hanya melegakan saja kesakitan yang dialami.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan sedikit sebanyak dapat membantu melegakan kesakitan senggugut yang dialami.

Baca juga: Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.