Advertisements

China Dilaporkan Diserang Wabak Selsema Burung H5N6, Sudah 5 Kematian

Advertisements

Disebalik kes Covid-19 yang semakin meningkat kembali di China sehingga perintah lockdown di beberapa wilayah di negara berkenaan dikenakan, negara tertbabit juga dilaporkan diserang wabak selesema burung H5N6.

Wabak selsema burung H5N6 yang mulai dikesan sekitar sedekad lalu kembali menyerang manusia di mana 17 kes keseluruhan telah direkodkan di negara berkenaan.

Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 51 tahun dari Nanchang, Jiangxi dimasukkan ke hospital tiga hari selepas bergejala dan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, wanita tersebut disahkan positif wabak itu selepas terdedah dengan ternakan ayam hidup.

Baca juga: Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Dirayu Ambil Dos Penggalak

Walaupun kes jangkitan wabak H5N6 ini merekodkan angka kes yang rendah setakat ini iaitu sebanyak 76 individu disahkan positif, penularan wabak ini menjadi kerisauan buat orang ramai kerana sudah ada lima kes kematian dilaporkan untuk tahun ini.

Maklumat lanjut mengenai kes itu tidak diumumkan oleh Kerajaan China, kerana pengumuman kes baharu kebiasaannya mengambil tempoh yang panjang. Sehingga kini masih belum diketahui apakah alasan China mengambil masa selama tiga bulan setengah untuk melaporkan kes tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), selesema burung H5N6 menyebabkan penyakit teruk kepada manusia tidak kira peringkat umur dan membunuh separuh daripada individu yang dijangkiti. Difahamkan tiada kes penularan daripada manusia ke manusia disahkan setakat ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.