Advertisements

Cuti Peristiwa Terengganu Pada 5 Mei

Advertisements

Berbanding negeri Johor yng mengumumkan cuti peristiwa pada 2 Mei, negeri Terengganu pula mengumumkan cuti peristiwa pada 5 Mei jika Aidilfitri jatuh pada 3 Mei.

Bagaimanapun, cuti peristiwa tersebut terpakai sekiranya Aidilfitri disambut Selasa, 3 Mei dan Rabu 4 Mei.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, cuti itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan dengan sanak saudara lebih lama setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

“Walau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin,” katanya melalui laporan oleh Urusetia Penerangan Darul Iman.

Cuti tersebut terpakai kepada perkhidmatan awam dan swasta. Namun begitu, bagi perkhidmatan swasta adalah bergantung kepada syarikat-syarikat masing-masing.

Memetik laporan dari BERNAMA pula, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain Terengganu, negeri Kelantan turut mengumumkan cuti peristiwa pada 5 Mei 2022.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.