Advertisements

Cuti Umum & Tol Percuma Sempena PRU-15

Kerajaan telah mengumumkan cuti umum dan pemberikan tol percuma sempena PRU-15 yang akan berlangsung pada 19 November 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kedua-dua inisiatif ini diberikan bagi memudahkan perjalanan para pengundi untuk membuang undi pada hari pengundian.

Dengan kedua-dua inisiatif ini diharapkan dapat memberi kemudahan dan melancarkan pergerakan orang ramai untuk pulang mengundi.

Mengenai PRU-15

PRU-15 diadakan selepas Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan parlimen pada 10 Oktober yang lalu.

PRU-15 ini turut diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang ditangguhkan susulan darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Walau bagaimanapun, negeri-negeri Pakatan Harapan seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang serta negeri yang ditadbir oleh PAS seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah tidak akan mengikuti langkah pembubaran DUN tersebut.

Selain itu, penggal bagi Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor–yang telah mengadakan pilihan raya negeri lebih awal–pula masih panjang.

Tarikh Penting PRU-15

Tarikh-tarikh penting PRU-15 adalah seperti berikut:

Penamaan Calon: 5 November 2022
Undi Awal: 15 November 2022
Hari Pengundian: 19 November 2022

Mengenai Cuti Umum

Pelaksanaan cuti umum diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 November dan 19 November 2022.

Ini selepas 3 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang telah mengumumkan cuti umum sempena PRU-15 pada 18 November 2022.

Mengenai Tol Percuma

Tol percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 November dan 19 November 2022.

Pelaksanaan tol percuma ini akan bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November 2022 sehingga jam 11.59 malam 19 November 2022.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/644096

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1025708/pru15-tol-percuma-balik-mengundi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.