Selain universiti awam (UA), politeknik juga salah satu cabang untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Sesi satu daftar masuk politeknik 2021/2022 telah pun bermula pada 9 April sehingga 2 Julai yang lepas.
Bagi yang terlepas sesi 1 daftar masuk Politeknik 2021, anda tak perlu risau. Ini kerana, terdapat sesi kedua yang telah pun dibuka untuk permohonan bagi sesi pengambilan pelajar politeknik 2021/2022.
Sebelum itu kami lanjutkan, kami ingin kongsikan sedikit latar belakang tentang politeknik di Malaysia.
Baca juga: Permohonan Program Biasiswa Gadang 2021
Latarbelakang Politeknik Di Malaysia
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).
Bermula bulan Mac tahun 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna pakai bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Senarai Politeknik di Malaysia
Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :
- 3 Politeknik Premier
- 28 Politeknik Konvensional
- 5 Politeknik Metro
Kelebihan Belajar Di Politeknik
- Yuran yang berpatutan
- Lokasi di seluruh negara
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Negeri Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang Dan Sabah
Tarikh Daftar Masuk Politeknik 2021 (Sesi II)
Pelajar lepasan SPM 2018-2020 boleh membuat permohonan daftar masuk Politeknik, UA, Matrikulasi, IPG, ILKA dan Kolej Komuniti mengikut tarikh di bawah:

Diploma Sepenuh Masa Politeknik | |
---|---|
Borang Permohonan eBorang dibuka | 01 November 2021 |
Borang Permohonan eBorang ditutup | 16 Disember 2021 |
Semakan Panggilan Temuduga | 21 Disember 2021 |
Sesi Temuduga | 22-30 Disember 2021 |
Semakan Keputusan Permohonan | 13 Januari 2022 |
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka | 13 Januari 2022 |
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup | 28 Januari 2022 |
Semakan Keputusan Rayuan | 04 Februari 2022 |
Pendaftaran Pelajar Baharu | 13 Februari 2022 |
Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti | |
---|---|
Borang Permohonan dibuka | 01 November 2021 |
Borang Permohonan ditutup | 16 Disember 2021 |
Semakan Panggilan Temubual/Temusuai | 21 Disember 2021 |
Sesi Temubual/Temusuai | 22-30 Disember 2021 |
Semakan Keputusan Permohonan | 13 Januari 2022 |
Pendaftaran Pelajar | 13 Februari 2022 |
Sijil Kolej Komuniti | |
---|---|
Borang Permohonan dibuka | 01 November 2021 |
Borang Permohonan ditutup | 16 Disember 2021 |
Semakan Keputusan Permohonan | 13 Januari 2022 |
Pendaftaran Pelajar | 13 Februari 2022 |
Sijil Kemahiran Khas Politeknik | |
---|---|
Borang Permohonan dibuka | 01 November 2021 |
Borang Permohonan ditutup | 16 Disember 2021 |
Semakan Keputusan Permohonan | 13 Januari 2022 |
Pendaftaran Pelajar | 13 Februari 2022 |
Cara Daftar Politeknik Sesi II 2021/2022
Borang permohonan untuk kemasukan sesi kedua tahun daftar politeknik 2021/2022 telah pun dibuka mulai 1 November yang lepas dan bakal ditutup pada 16 Disember 2021.
Bagi yang ingin memohon boleh melayari laman sesawang Politeknik seperti di bawah ini:
Link: http://ambilan.mypolycc.edu.my/
Atau terus ke laman di bawah:
- Daftar Diploma Politeknik
- Daftar Sijil & Diploma Kolej Komuniti
- Daftar Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi :-
- Bahagian Pengambilan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik, Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
- Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
- Fax : 03-8891 9323 Pejabat HEP PKS : 082-845204