Advertisements

Daftar Sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022

Advertisements

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan SUKMA dan Para SUKMA ini.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Peranan & Tanggungjawab Sukarelawan

Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini.

Anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas, sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.

Tugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2022

Setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.

  • Anti Doping
  • Teknologi Mak;lumat & Komunikasi
  • Pengangkutan
  • Media
  • Kesihatan Dan Perubatan
  • Sajian
  • Penginapan
  • Persiapan Venue

Tarikh SUKMA XX & PARA SUKMA XX 2022

Berikut merupakan tarikh bagi sukan SUKMA dan PARA SUKMA XX 2022:

  • SUKMA pada 16 September 2022 – 24 September 2022
  • PARA SUKMA pada 01 November 2022 – 06 November 2022

Cara Memohon Sebagai Sukarelawan

Bagi calon yang berminat untuk menjadi sukarelawan, sila layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/ untuk permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: BINGKAS: Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor RM300

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ada pada 15 Julai 2022. Mohon segera sebelum penuh!

Maklumat Lanjut

Rujuk perincian bidang tugas di SINI.

Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements