Advertisements

Decathlon Sumbang Life Jacket, Kayak Untuk Bantuan Banjir

Advertisements

Banjir yang melanda negara terutamanya di Selangor, Pahang dan Kelantan banyak memberi peluang kepada syarikat-syarikat besar untuk membantu.

Antara syarikat yang popular dengan jualan aksesori, peralatan dan pakaian sukan yang menjadi antara penyumbang terbesar dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir adalah Decathlon.

Perkara tersebut tular di laman Twitter apabila seorang lelaki yang menggunakan akaun @JohanHeartyAnda di Twitter berkongsi perkara terbabit.

Menurut penceritaan beliau, beliau pergi ke salah satu cawangan kedai tersebut untuk membeli life jacket. Setibanya di sana semua peralatan buoyancy seperti life jacket, dan pedal kayak habis.

Apabila ditanya mengenai penghabisan tersebut, promoter yang bertugas menyatakan semua peralatan itu telah disumbangkan untuk misi bantuan banjir, bukan satu cawangan tetapi Decathlon di seluruh Malaysia.

Perkara terbabit disahkan sendiri oleh Decathlon menerusi satu pengumuman yang dibuat menggenai penghentian sementara penjualan alatan canoe kayaking, paddle dan juga life jacket untuk bantuan banjir.

Baca juga: TNB Lancar Bantuan Set Janakuasa Bergerak Bagi Kawasan Banjir Yang Telah Surut

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Langkah yang diambil oleh Decathlon amat dipuji dan mendapat sokongan daripada peminat sukan tanah air.

Sumber: Twitter

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.