Advertisements

Didakwa Khianat, Buang Nama Isteri Daripada Syarikat, El-Azman Akhirnya Buka Mulut

Advertisements

Umum mengetahui bahawa pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman yang merupakan founder kepada jenama pakaian Elrah Exclusive.

Tiada angin tiada ribut baru-baru ini Nur Amirah tampil di dalam sebuah live Instagram menceritakan tentang kemelut yang berlaku di antara dia dan suaminya.

Jelas wanita itu, nama beliau digugurkan daripada syarikat oleh suaminya selepas melakukan tuntutan cerai walaupun dirinya masih bergelar pengarah syarikat Elrah Exclusive.

Tidak mahu terus diam dan seakan membenarkan tohmahan daripada pihak isterinya, El Azman tampil memberi respon ringkas menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Menurut El Azman, setiap ujian yang diturunkan adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya.

Sumber: Instagram El Azman
Sumber: Instagram El Azman

Menerusi hantaran tersebut, El Azman menjelaskan bahawa beliau percaya kesabaran adalah kunci utama bagi menghadapi dugaan dan ujian. Malah, situasi ini akan lebih mendekatkan kita kepada maha Pencipta.

Menurutnhya lagi, walaupun dihina, dicaci dan difitnah, kita perlu menghadapi kenyataan ini dan berserah. Apa yang lebih penting adalah redha dan memaafkan. Beliau juga berharap agar situasi yang berlaku ketika ini akan pulih satu hari nanti.

Semoga kemelut di antara El Azman dan isterinya dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan damai.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sumber: Instagram El Azman

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.