Advertisements

Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM 2022

Advertisements

Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPI pengambilan Oktober 2022 / 2023 kini dibuka untuk permohonan kepada mereka yang berminat.

Program ini adalah kursus 2 semester yang menyediakan platform formal meliputi amali praktikal bagi para siswazah yang memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.

Selain itu, DPPI melatih guru dalam bidang Pendidkan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang tenguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.

Program ini juga memupuk personaliti guru yang unggul, berketerampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep Islam yang sifatnya progresif dan semasa.

Program ini ditawarkan secara pasaran terbuka (open market).

Syarat Kemasukan

SYARAT AM UNIVERSITI

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkaty Jayyid; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; ATAU
  3. Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh dimohon; dan
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan
  5. Lulus mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; dan
  6. Lulus Ujian Malaysia Educators Selection Inventory, (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.

SYARAT KHAS PROGRAM

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK; dan
  2. Mendapat Kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana kedua-dua daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM.
    1. Pendidikan Islam
    2. Tassawur Islam
    3. Pendidikan Syariah Islamiyyah
    4. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah; dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM; dan
  4. Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat untuk mendaftar, sila ikuti langkat berikut:

  1. Layari https://ipps.usim.edu.my
  2. Buka akaun
  3. Login dan lengkapkan borang
  4. Hantar permohonan
  5. Buat pembayaran (RM60) untuk bayaran proses

Baca juga: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat Fasa 2 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran boleh dibuat dengan dua cara di bawah:

  1. Secara ansuran
  2. Pengeluaran pendidkan KWSP

Yuran perlu dibayar kepada:
USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. (05058010020763 Bank Islam Berhad)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected] atau hubungi nombor di talian 06-7909713.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements