Advertisements

Yayasan Terengganu- Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Advertisements

TAWARAN DISKAUN 50% BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN TERENGGANU 2022

Sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu 1972 sehingga 2022, Yayasan Terengganu menawarkan diskaun 50% bayaran balik kepada peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu.

Ini adalah berita baik buat peminjam Yayasan Terengganu untuk membayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak.

Berikut dikongsikan sedikit maklumat tentang tawaran diskaun 50% bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu ini.

Baca juga : Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Tempoh Tawaran Diskaun 50%

Tempoh tawaran diskaun 50% bayaran Balik Pinjaman Pelajaran bermula dari 1 April sehingga tarikh tutup 31 Mei 2022.

Kategori Kelayakan Penerima

Semua peminjam Yayasan Terengganu adalah layak untuk memohon tawaran diskaun 50% ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Transaksi Bayar Balik Pinjaman Pelajaran

Terdapat tiga cara yang anda boleh lakukan untuk membayar balik baki pinjaman yang tertunggak iaitu:

i) Pembayaran Terus di Kaunter Bayaran /UTC

  • Peminjam boleh membuat pembayaran balik sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.

ii) Kaunter BSN

  • Selain itu, Peminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.

iii) Pembayaran Secara Online (Internet Banking)

  1. Maybank
  • Login ke Maybank2U.
  • Pergi ke bahagian ‘Pay.’
  • Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.
  • Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.
  • Klik pay untuk membuat pembayaran.

2. CIMB Bank

  • Login ke Maybank2U.
  • Klik bahagian ‘Pay Bills.’
  • CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.

3. BSN

  • Login ke myBSN.
  • Pergi ke bahagian ‘Bill Payment.’
  • Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.

4. RHB

  • Login ke RHB Now.
  • Klik bahagian ‘Other Biller.’
  • Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.

5. Jom Pay

  • Di bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:
    – Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam
    – Ref 2: Nama peminjam

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, sila hubungi nombor telefon 09-6221733, atau layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.

Baca juga : Permohonan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements