TAWARAN DISKAUN SAMAN TRAFIK DIANTARA 50% HINGGA 80% SEMPENA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI PERAK
Jangan lepaskan peluang anda untuk membayar saman dengan penawaran diskaun diantara 50% hingga 80% bagi saman terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak yang akan berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai tawaran pengurangan kadar konpaun saman trafik.
Baca juga : Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES

Tempoh Tawaran Diskaun
Tawaran diskaun itu berlangsung selama 3 hari sahaja mulai :
- Tarikh : 1 Julai hingga 3 Julai 2022
- Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
- Tempat : Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan
Tawaran Kadar Pengurangan Saman
Pengurangan tawaran kadar kompaun saman adalah seperti berikut :
- PDRM – sehingga 50%
- JPJ – sehingga 50%
- MDPT – dari 50% sehingga 80%
Namun begitu, diskaun saman ini hanya tertakluk pada kesalahan yang terpilih di seluruh Malaysia.
Ayuh, jangan lepaskan peluang ini!
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Untuk menikmati diskaun saman sehingga 80%, orang ramai diminta membuat bayaran saman melalui Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara sahaja.

Baca juga : Cara Semak Saman Secara Online Dan SMS