Advertisements

Nikmati Diskaun Sehingga 60% Menginap Di Hotel OYO

Advertisements

Hasil inisiatif Hotel OYO dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), orang ramai kini boleh menginap di Hotel OYO dengan menikmati diskaun sehingga 60%.

Inisiatif ini adalah bagi menggalakkan orang ramai bercuti dan menginap di hotel yang menjimatkan dan selesa terutamanya di sepanjang laluan KTMB di Semenanjung Malaysia.

Untuk mendapatkan diskaun ini, orang ramai perlu menggunakan kod promo sebelum membuat tempahan bilik.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dan tawaran diskaun ini adalah sah sehingga 31 Disember 2022 sahaja.

Kod Promo

Kod promo yang membolehkan orang ramai mendapatkan diskaun tawaran ini adalah OYOGERABAK.

Terma & Syarat

Terma dan syarat tawaran ini adalah seperti berikut:

  1. Tawaran ini adalah dengan kerjasama inisiatif bersama Hotel OYO dan KTMB.
  2. Tawaran sah untuk semua tempahan bilik sehingga 31 Disember 2022.
  3. Tawaran sah untuk tempahan yang dibuat menggunakan Laman Web OYO, aplikasi Android, Windows, dan iOS sahaja.
  4. Apabila menggunakan kod promo, pengguna layak untuk mendapat diskaun sehingga 60% daripada harga tempahan.
  5. Caj pembatalan akan dikenakan mengikuti polisi OYO.
  6. Terma dan syarat tawaran promosi ini tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis awal.
  7. Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran lain yang tersedia pada masa ini di aplikasi Android OYO, Windows, atau iOS.
  8. Semua tempahan adalah tertakluk pada ketersediaan dan kod promo hanya boleh digunakan pada OYO terpilih sahaja.
  9. Tempahan diskaun tidak boleh diubah suai selepas pengesahan pembayaran.

Cara Mendapatkan Diskaun

Pengguna boleh mendapatkan diskaun menerusi cara-cara berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Muat turun aplikasi OYO di Android, Windows, dan iOS atau layari https://www.oyorooms.com/my/.
  2. Pilih hotel yang ingin ditempah.
  3. Tanda kosong pada kotak hijau.
  4. Tekan pada ‘Show All Coupons.’
  5. Pada kotak ‘Enter Coupon,’ masukkan kod ‘OYOGERABAK’ dan klik ‘Apply.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://bit.ly/3q9cEiI.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.