Advertisements

Tawaran Diskaun Saman 50% Di Program ‘Road March’ 2022

Advertisements

[HEBAHAN] HARI POLIS KE-215: PROGRAM ‘ROAD MARCH’ 2022

Jom meriahkan program ‘Road March’ sempena Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 yang bakal berlangsung pada 30 Julai 2022 ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik dan program istimewa menanti anda seisi keluarga! Antaranya adalah:

  • Pengurangan Saman Sebanyak 50%
  • Persembahan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia
  • Persembahan motosikal Polis Diraja Malaysia
  • Persembahan payung terjun 69 komando PDRM
  • Uni berkuda PDRM
  • Pasukan gerakan udara PDRM

Baca juga : Cara Alternatif Bayar Diskaun Saman PDRM. Ikuti 5 Langkah Ini

Pengurangan Saman Hingga 50%

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-215, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus di Program ‘Road March 2022’.

Cara Pembayaran 

Pengunjung yang ingin membuat pembayaran saman perlu membayar secara manual di kauter pembayaran yang disediakan di Program ‘Road March’ pada:

  • Tarikh : 30 Julai 2022
  • Hari : Sabtu
  • Waktu : jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Hebahan Penutupan/ Lencongan Jalan

[HEBAHAN] Penutupan/ lencongan jalan bagi Program Road March Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 adalah seperti berikut:-

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Antara jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan/ lencongan adalah :-

  • Jalan Raja/ Jalan Hishamuddin
  • Jalan Kinabalu/ susur Jalan Hishamuddin (susur Bukit Aman)
  • Bulatan Dato’ Onn/ Jalan Raja (Gereja)
  • Lebuh Pasar Besar menuju ke Jalan Hishamuddin
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Raja

1) Penutupan / lencongan jalan raptai perarakan

  • Tarikh : 28 Julai 2022 (Khamis)
  • Waktu : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Tempat : Dataran Merdeka

2) Penutupan / lencongan jalan raptai penuh

  • Tarikh : 29 Julai 2022 (Jumaat)
  • Waktu : 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari & 2.30 petang hingga 5.00 petang
  • Tempat : Dataran Merdeka

3) Penutupan / lencongan jalan semasa hari program

  • Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
  • Waktu : 06.30 pagi hingga 7.00 petang
  • Tempat : Dataran Merdeka

Antara kemudahan tempat parkir untuk ke program roadmarch ini adalah seperti berikut :-

  • Parkir Padang Merbok
  • Parkir sekitar Jalan Raja Laut
  • Parkir sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Parkir sekitar Masjid India

Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya

  • Rancang perjalanan dengan mengelakkan daripada melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan.
  • Parkir kenderaan di tempat parkir yang disediakan.
  • Menggunakan pengangkutan awam seperti LRT/MRT untuk ke pusat Bandar
  • Patuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.

Baca juga : e-Reporting PDRM: Buat Laporan Polis Secara Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di Facebook Kementerian Pengangkutan MalaysiaPolis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements