Advertisements

Diskaun Saman 50% Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

Advertisements

Diskaun saman 50 peratus akan diberikan kepada mereka yang mempunyai saman tertunggak bersempena dengan Jelajah Aspirasi Keluarga 2022 di negeri Selangor.

Karnival berkenaan akan berlangsung bermula 19 sehingga 21 Ogos 2022 bertempat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam.

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Bas Percuma Ke Lokasi Program

Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor, disediakan Perkhidmatan Bas Percuma SETIAP HARI SECARA PERCUMA ke lokasi program!

Jadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA02

  • Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 – Stadium Shah Alam – Stesen KTM Batu Tiga
  • Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam) (Setiap 20 minit

Jadual Perjalanan Bas Smart Selangor SA05

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pasaraya Giant Seksyen 13 – Stadium Shah Alam – SJK(C) Subang, Seksyen U6
  • Mulai 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Setiap 20 minit)

Bas RapidKL

  • LRT Glenmarie – Stadium Shah Alam
  • Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 – Stadium Shah Alam
  • Stesen KTM Batu Tiga – Stadium Shah Alam
  • Mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Setiap 1 jam)

Baca juga: Diskaun Saman Trafik PDRM 50% Sempena MAHA 2022

Diskaun Saman PDRM

Pembayaran saman boleh dibuat di Tapak Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam dan Kaunter Bayaran Saman Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

  • Bayaran di kaunter bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
  • Bermula 19 – 21 Ogos 2022 (3 hari sahaja)

NOTA:

Pengurangan Kompaun Tidak Ditawarkan Bagi Kesalahan berikut:

  1. Kemalangan
  2. Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun
  3. Kesalahan yang berstatus perbicaraan
  4. Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  5. Memotong secara berbahaya
  6. Menggunakan lorong kecemasan
  7. Tidak patuh isyarat lampu merah
  8. Memotong di barisan berkembar
  9. Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk media sosial Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.