Bersempena dengan Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia pada 26 dan 27 Julai 2022, Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun potongan harga bagi saman trafik sebanyak 30%.
Bagi mereka yang masih ada baki saman yang tertunggak, inilah masanya untuk melangsaikan saman pada harga yang lebih murah.
Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara sepanjang dua hari tersebut.
Baca juga: Cara Alternatif Bayar Diskaun Saman PDRM. Ikuti 5 Langkah Ini
Cara Semak Saman Di Website
1 – Laman Rasmi JPJ
Layari laman web rasmi JPJ dan masukkan nombor kad pengenalan ataupun nombor plat kenderaan anda:
Link : http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2 – Sistem Semakan Online
Anda perlu mendaftar akaun baharu dahulu boleh menggunakan sistem semakan online. Di sini anda boleh semak saman trafik PDRM.
Link: https://sso.rmp.gov.my/

3 – Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan
Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) juga merupakan ‘one stop center’ untuk anda membuat semakan saman JPJ dan PDRM.
Link: https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry

Cara Semak Saman Dengan SMS
Untuk semak saman secara SMS boleh dilakukan dengan cara di bawah ini:
1 – Semakan SMS Saman JPJ
Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No kad pengenalan atau nombor kenderaan hantar ke 15888
contoh : JPJ SAMAN 910611111111 atau JPJ SAMAN ABC2345P
2 – Semakan SMS Saman Polis PDRM:
Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan hantar ke 32728