Advertisements

Diskaun Sehingga 80% Saman PDRM Dan JPJ Bermula 9 Disember Ini

Advertisements

Berita baik untuk anda yang masih belum melunaskan saman PDRM mahupun daripada JPJ!

Bersempena dengan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan PENGURANGAN BAYARAN SAMAN (Diskaun Saman) sehingga 80%.

Semoga dengan pengurangan peratus saman ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia.

Diskaun Saman Hingga 80% Sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Untuk saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.

Untuk info, kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas namun tertakluk pada terma dan syarat ya

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Semua saman LAYAK mendapat pengurangan KECUALI:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  4. Saman Berkait Kenderaan Lori
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
diskaun saman keluarga malaysia

Diskaun Saman JPJ

Kunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

JPJ juga menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.