Advertisements

Dividen ASB 2021: Cara Semak Jumlah Dividen Dan Kiraan Zakat ASB

Advertisements

ASB telah pun mengumumkan dividen atau pengagihan pendapatannya hari ni iaitu sebanyak 4.25sen seunit + 0.75sen seunit untuk 30,000 unit pertama.

Jika dilihat pada sejarah pengagihan pendapat ASB pada tahun-tahun sebelum ini, ASB tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Baca juga: Moratorium Selama 6 Ke 12 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Cara Semak Dividen ASB 2021

Untuk membuat semakan dividen dan bonus bagi tahun 2021, anda boleh melakukannya secara online sahaja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

Namun buat masa ini, pengagihan keuntungan ASB ataupun dividen bagi tahun 2021 belum lagi dikemas kini ke dalam akaun. Ianya akan dikemas kini pada awal tahun 2022 nanti.

Zakat Dividen ASB 2021

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASNB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, selaras dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 3 November 2020.

Oleh itu, taksiran zakat terhadap pelaburan ASNB adalah diwajibkan ke atas keseluruhan aset pelaburan, dividen dan bonus sebagaimana kaedah berikut yang berkuatkuasa mulai 15 Februari 2021:

Bagi pelabur yang ingin menunaikan qadha zakat ke atas pelaburan ASNB, ia hendaklah mengikut kaedah taksiran zakat pelaburan ASNB bagi tahun kewangan sebelum 2016 hingga 2019 iaitu mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan sebagaimana kaedah berikut:

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2021, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.