Advertisements

Dividen Bank Rakyat 2022 Diumumkan 15%

Advertisements

Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, dengan jumlah anggaran sebanyak RM429.5 juta kepada 827,066 anggotanya.

Tarikh Pembayaran Dividen Unit Amanah Bank Rakyat

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pembayaran dividen akan dilakukan mulai 25 April 2022

Bagaimana Untuk Mendaftar Unit Amanah Bank Rakyat

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.

Berbeza dengan ASB, unit amanah Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun.

Sebaliknya, anda perlu menunggu tarikh penawaran baru dari bank atau mencari pemegang saham untuk membeli unit daripada mereka.

Baca juga: Permohonan Bantuan i-Aidilfitri Perantau Terengganu

Syarat Kelayakan Pemegang Unit Amanah Bank Rakyat

Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon individu:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 hingga 65 tahun
    3. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
    4. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
  2. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll

Nota: Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)

Prestasi Dividen Bank Rakyat Mengikut Tahun

Bank Rakyat pernah mengumumkan dividen setingga 20% iaitu pada tahun 2011. Bagaimanapun, dividen yang paling rendah pernah diumumkan adalah sebanyak 13%.

TahunKadar Dividen
202013%
201914%
201813%
201715%
201615%
201513%
201415%
201315%
201218%
201120%
201015%

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini boleh menghubungi saluran Bank Rakyat seperti di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.