Advertisements

Doktor Kongsi Tips Elak Gigi Menguning Akibat Suka Minum Kopi

Advertisements

Minuman kopi kini bukan sekadar penghilang mengantuk, tetapi sudah menjadi minuman trend. Mana tidaknya, nak cari kopi kisar sekarang boleh didapati di jalanan sahaja!

Malah ada orang sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk membeli mesin pembuat kopi untuk merasai sendiri kopi hasil tangan sendiri.

Namun begitu, tahukah anda kerap minum kopi boleh menyebabkan gigi anda menguning? Bukan itu saja, kerap minum kopi juga boleh menyebabkan gigi boleh jadi sensitif.

Menerusi laman Twitter, seorang doktor bernama Norul Madihah berkongsi tips elak gigi menguning akibat suka minum kopi. Ikuti perkongsian beliau di bawah:

1) Minum guna straw dan elakkan minum terus dari cawan atau gelas. Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju terus kepada gigi, terutamanya gigi depan kerana gigi depan lebih banyak terdedah. Jadi lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu. Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi dan lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi atau teh. Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi atau teh. Tunggu 30 minit sehingga 1 jam dahulu. Kedua-dua minuman ini berasid, dan memberus sebaik selepas minum boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut dan kemudian menyebabkan struktur gigi jadi lebih lemah.

Baca juga: 5 Cara Elak Nasi Daripada Cepat Basi

5) ‘Latte’ lebih baik daripada ‘Americano’! Secara ringkas, susu dalam kopi atau teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman daripada melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam ‘one-shot’ lebih baik dari minum sikit demi sikit. Bukanlah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula. Maksudnya di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus dan ‘floss’ gigi. Kebersihan yang tidak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ini ketika minum kopi, tidak akan ada kesan? Tidak begitu. Kesan itu masih ada, cuma kurang. Boleh kongsi kepada rakan-rakan mengopi anda!

Sumber : Twitter Norulmadihahh

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements