Advertisements

e-Payroll KWSP: Sistem Penggajian & Caruman Pekerja Percuma

Advertisements

Kumpulan Wang Simpnana Pekerja (KWSP) telah menyediakan sistem yang membantu majikan mengurus penggajian dan caruman KWSP kepada pekerja secara percuma melalui e-Payroll.

Untuk makluman, majikan di Malaysia sering membelanjakan jumlah yang cukup besar untuk urusan penggajian setiap tahun dan antara kos yang terlibat ialah caj langganan sistem penggajian dan juga pentadbir yang bertanggungjawab dalam proses penggajian bulanan mereka.

Oleh itu, KWSP telah memperkenalkan Sistem e-Payroll yang merupakan sistem penggajian percuma yang boleh diguna pakai oleh majikan daripada sektor PKS yang mendaftar dengan i-Akaun( Majikan).

Sistem ini telah mula dilaksanakan pada 17 April 2021 yang mana majikan yang telah mendaftar dengan i-Akaun (Majikan) kini boleh bertukar kepada sistem penggajian percuma untuk memproses penggajian mereka dan caruman kepada pekerja mereka.

Kelebihan e-Payroll

Terdapat banyak kelebihan majikan yang menggunakan sistem e-Payroll ini iaitu:

  • Akses mudah melalui portal i-Akaun (Majikan).
  • Rekod pekerja lebih mudah untuk dimuat turun dengan mengimport Borang A (KWSP).
  • Keupayaan yang direka khas untuk mengenal pasti jika pekerja telah pun atau masih belum mencarum dengan KWSP.
  • Pelbagai pilihan pampasan dan potongan tersedia serta mematuhi keperluan Agensi-agensi
  • Berkanun seperti KWSP, PERKESO, SIP dan LHDNM.
  • Pengiraan automatik untuk pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan pelbagai potongan lain.
  • Sistem boleh diguna pakai untuk semua jenis penggajian bulanan, mingguan, mahupun harian.
  • Penyelarasan pampasan dan potongan dalam hanya beberapa klik.
  • Fail bank dan fail bayaran agensi berkanun lebih mudah untuk dihasilkan serta mempercepatkan urusan penggajian.
  • Melancarkan dan mempermudah urusan pembayaran caruman KWSP dari e-Payroll melalui i-Akaun (Majikan).
  • Penghasilan borang Cukai Pendapatan Tahunan/fail-fail lain secara automatik.
  • Slip gaji disediakan untuk kemudahan para pekerja.

Syarat Kelayakan

Terdapat 2 syarat kelayakan bagi majikan yang ingin menggunakan sistem ini iaitu:

  1. Pengguna i-Akaun (Majikan).
  2. Majikan mempunyai minimum 1 pekerja.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web i-Akaun (Majikan) di pautan. https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login.
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan diikuti dengan klik ‘Log Masuk’.
  3. Klik bahagian ‘e-Payroll’ di kiri paparan dashboard dan klik butang ‘Teruskan’.
  4. Baca tatacara penggunaan dan notis privasi diikuti dengan klik butang ‘Setuju.’
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan meliputi maklumat:
    – Majikan
    – Agensi
    – Penggajian
    – Bank Korporat
    – Jadual Penggajian
    – Rekod Pekerja
  6. Maklumat tersebut perlulah diisi sehingga akhir paparan.

Soalan Lazim

Adakah e-Payroll merangkumi semua modul pengurusan sumber manusia?

e-Payroll hanya menyediakan fungsi asas pengurusan gaji. Kami menggalakkan PKS yang memerlukan fungsi Pengurusan Sumber Manusia (seperti pengurusan tuntutan dan cuti) untuk menggunakan sistem penggajian lain di pasaran yang memenuhi syarat berkanun.

Adakah majikan perlu memuat turun perisian untuk menggunakan e-Payroll?

Majikan tidak perlu memuat turun sebarang perisian e-Payroll boleh dan sistem ini boleh diakses melalui i-Akaun (Majikan) menggunakan komputer atau tablet.

Adakah majikan dapat membuat pembayaran terus ke agensi lain melalui e-Payroll?

Tidak. e-Payroll menghasilkan fail data secara automatik (elektronik) dan juga menyediakan pautan ke laman web agensi berkanun masing-masing (LHDNM dan PERKESO) untuk pembayaran caruman wajib.

Berapa lama data dalam e-Payroll disimpan?

Data dalam e-Payroll akan disimpan selama 7 tahun untuk rujukan Majikan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03- 89226000 atau majikan boleh menghubungi cawangan KWSP berhampiran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.