Advertisements

e-SPKWS: Sistem Perakaunan KPM

e-SPKWS adalah sistem perakaunan berkomputer yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyelenggara perakaunan kumpulan wang sekolah secara elektronik. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan menyimpan data-data perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara lebih efisien dan efektif.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem ini, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Skop

  1. Pengumpulan maklumat transaksi terimaan dan transaksi bayaran di sekolah
  2. Penghasilan laporan bagi maklumat-maklumat penting kepada pihak yang.berkepentingan.

Objektif

e-SPKWS dibangunkan bagi memenuhi objektif seperti berikut :

i. Mengurangkan kerja pembantu tadbir di sekolah-sekolah khususnya. Proses kerja yang lebih mudah, cepat dan efisien melalui sistem berkomputer ini pastinya akan menjadi pemangkin kepada peningkatan komitmen dan motivasi pegawai kewangan dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan.

ii. Penyediaan resit dan baucar terus dari sistem akan dapat meningkatkan lagi kawalan dalaman Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.

Penyata kewangan tahunan sekolah yang terdiri daripada laporan-laporan seperti Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan Penyata Penerimaan dan Pembayaran terus dapat dijana secara elektronik. Pemantauan secara online dapat dilakukan terus daripada Bahagian Akaun dan juga ketua PTJ yang lain. Malahan, Bahagian Audit Sekolah juga diberi autoriti untuk melakukan pemantauan ke atas sekolah-sekolah melalui online.

Senarai borang untuk dimuat turun

Melalui portal e-SPKWS ini, anda juga boleh memuat turun beberapa borang untuk pelbagai tujuan.

Senarai borang yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut:

  1. Borang Tambah Perihal
  2. Borang Aduan
  3. Borang Capaian
e-spkws

Senarai nota modul yang boleh dimuat turun dan dibaca untuk panduan adalah seperti berikut:

  1. Modul Permulaan
  2. Modul Terimaan
  3. Pengesahan Pengurus Sekolah
  4. Modul Daftar Bil
  5. Modul Bayaran
  6. Modul Deposit
  7. Modul PWR
  8. Modul Pindah Peruntukan
  9. Modul Penyesuaian Bank
  10. Modul ABT ABB
  11. Modul Laporan
  12. Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

Cara Login e-SPKWS KPM

Berikut ialah cara yang betul untuk log in portal tersebut, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah di bawah

  1. Pergi ke laman sesawang e-SPKWS KPM
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah ditetapkan
  3. Klik masuk
  4. Jika terlupa kata laluan atau ada masalah login boleh rujuk FAQ

Kategori Pengguna e-SPKWS

Capaian pengguna sistem ini hanya terhad kepada 3 ketegori pengguna yang dibenarkan sahaja iaitu:

  • Pentadbir Sistem
  • Pengurusan
  • Operasi

Manual Penggunaan e-SPKWS

Maklumat Lanjut

Bagi pengguna yang menginginkan maklumat tambahan atau menghadapi sebarang masalah ketika menggunakan portal eSPKWS, anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab dalam pengurusan e-SPKWS melalui:

Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Akaun, Cawangan Pengurusan Seksyen Akaun Sekolah (SAS), Aras 10, Blok E12, Kompleks Kerajaan E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Helpdesk: 03-88721436

Emel rasmi: [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.