Advertisements

Eco Shop Umum Harga Baru Mulai 1 Disember Ini, Tiada Lagi RM2.10

Advertisements

Siapa sahaja yang tidak pernah mengunjungi kedai serbaneka Eco Shop. Bila sudah rasa macam terperangkap di dalam dn terpukau dengan barang-barang menraik dengan harga yang murah.

Masakan tidak, ia sangat popular kerana menjual pelbagai produk keperluan orang ramai pada harga serendah RM2.10.

Bagaimanapun, selepas ini tiada lagi harga RM2.10. Pihak Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan perubahan harga kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember.

“Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan Eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua,” katanya.

“Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah dan Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.