Advertisements

eKasih 2021: Kemaskini Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

Advertisements

Portal eKasih merupakan satu portal dilancarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk mewujudkan satu sistem bantuan untuk mereka yang miskin tegar.

Melalui portal ini, kerajaan dapat mewujudkan bantuan terancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di peringkat nasional.

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.

Syarat Kelayakan

Bantuan eKasih 2021 adalah untuk individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri:

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon eKasih

Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Carta Aliran Proses Permohonan

Nota Penting:

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Semakan Status eKasih

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui laman eKasih atau hubungi terus ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

11 Jenis Bantuan eKasih Melalui JKM

Melalui bajet 2022 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini, terdapat 11 jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diperuntukkan yang bakal memanfaatkan 400,000 isi rumah dengan bajet sebanyak RM2.4 bilion.

Antara 11 jenis bantuan tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Rujuk laman ini untuk ketahui cara memohon bantuan JKM 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, anda boleh lakukan 3 pilihan di bawah:

  1. Layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
  2. Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
  3. Salurkan pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.