Advertisements

Elaun Bantuan Sara Hidup Veteran ATM Tidak Berpencen Naik

Advertisements

Elaun Bantuan Sara Hidup (BSH) veteran ATM tidak berpencen akan dinaikkan seperti diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MINDEF juga telah menyelesaikan kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia dilaksanakan.

Baca juga: Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Veteran ATM RM5,000

Kadar Kenaikan Elaun BSH Veteran ATM

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah meluluskan cadangan untuk menaikkan Bantuan Sara Hidup untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dari RM300 kepada RM400 sebulan.

Menurut Hishammuddin, kenaikan tersebut diluluskan berikutan peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian.

Menurut Hishammuddin, pihak kementerian sentiasa mengambil berat akan kebajikan para veteran ATM terutama yang tidak berpencen dan beliau akan kongsikan perkembangan terkini berkaitan usaha dan inisiatif yang saya dan kepimpinan MINDEF sedang usahakan bagi terus menambah baik kebajikan para Veteran ATM.

Sumber: Utusan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.