Advertisements

Elaun Pegawai Syarak Melaka Dinaikkan Bermula Oktober – KM

Advertisements

Berita baik kepada Pegawai Syarak Negeri Melaka kerana mereka bakal menerima kenaikan elaun bermula Oktober ini.

Seramai 1,110 pegawai syarak masjid di negeri ini bakal menikmati kenaikan elaun bulanan sehingga antara lima hingga 66 peratus.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi satu kenyataan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berikut dikongsikan lebih lanjut.

Baca juga: Dana Bantuan Kasih Niaga Melaka 2022 Sehingga RM1,000

Kadar Kenaikan Elaun

Menurut Ketua Menteri, jawatan imam satu dan imam dua yang menerima elaun masing-masing RM880 dan RM870 sebelum ini akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM50.

Bagi jawatan bilal dan noja pula, masing-masing menerima elaun RM310 dan RM300 sebelum ini akan mendapat kenaikan sebanyak RM190 bagi bilal dan RM200 bagi noja.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Manakala bagi jawatan PJW yang menerima elaun RM200 sebelum ini akan menerima kenaikan sebanyak RM100.

JawatanKadar Elaun Baharu
Imam SatuRM 930
Imam DuaRM 920
BilalRM 500
NojaRM 500
PJWRM 300

Susulan kenaikan elaun itu, jumlah peruntukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bertambah kepada RM3.9 juta setahun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.