Advertisements

Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) Dinaikkan

Advertisements

Elaun pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) dinaikkan berkuat kuasa serta merta.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kenaikan ini akan melibatkan 2,267 orang mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi yang turut ditanggung oleh para pelajar.

Kenaikan elaun ini juga diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Untuk makluman, PESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Petronas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Untuk tahun 2022, seramai 600 pelajar ditawarkan belajar di bawah Program PESP melibatkan nilai tajaan lebih RM340 juta yang juga merupakan jumlah tajaan pelajar tertinggi sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Cara Memohon PESP

Permohonan akan dibuka secara atas talian di laman web PESP iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2022

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci di sini.

Jumlah Kenaikan Elaun Pelajar PESP

Berikut merupakan kenaikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

  • Elaun buku dan peralatan belajar: Kenaikan elaun daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.
  • Elaun Induksi (Onboarding Allowance): Kenaikan elaun daripada RM 4,500 kepada RM 5,000 (pelajar baru sahaja).

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.