Advertisements

Elaun Pembantu Pendidikan KEMAS Naik Kepada RM800

Advertisements

Elaun pembantu pendidikan masyarakat KEMAS naik kepada RM800 iaitu kenaikan sebanyak RM300 daripada RM500.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaako sewaktu menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun KEMAS di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Elaun terbaharu tersebut akan membabitkan seramai 9,439 pembantu KEMAS.

Menurut Perdana Menteri juga, kerajaan akan memperuntukkan bajet sebanyak RM8juta bagi program digitalisasi di 800 tabika ini seluruh negara.

Selain itu, kerajaan bersetuju mengkaji melonggarkan syarat pegawai lantikan kontrak perkhidmatan yang berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang daripada 15 tahun, untuk dilantik ke dalam jawatan tetap.

Baca juga: 6 Berita Gembira Diumum PM Untuk Penjawat Awam

Menurut Perdana Menteri lagi, KEMAS adalah benteng barisan hadapan kerajaan dengan ahlinya bertindak sebagai ejen perubahan yang menjadi perantara rakyat dengan kerajaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pewujudan institusi pendidikan ini bertujuan memastikan kestabilan kerajaan dan kemakmuran negara. Oleh itu, sewajarnya warga KEMAS juga memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dengan mendapatkan maklum balas mengenai pelbagai isu yang dilontarkan oleh masyarakat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.