Advertisements

Elaun Penjawat Awam Di Luar Negara Dinaikkan – PM

Advertisements

Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi akan dinaikkan elaun mereka bermula Januari 2023.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu sesuai dalam usaha menggalakkan diplomat Malaysia untuk menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.

Baca juga: Bantuan Tambahan RM100 Dana Didik Johor

Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Menurut Perdana Menteri lagi, Perwakilan Diplomatik Malaysia juga merupakan tulang belakang kerajaan Keluarga Malaysia. Justeru, setiap perwakilan ujar Perdana Menteri, perlu terus membantu Malaysia terutama dalam bidang pelaburan dan kerjasama strategik dengan negara luar.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/997275/elaun-penjawat-awam-di-luar-negara-dinaikkan-mulai-1-januari-2023.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.