Advertisements

ePenawaran: Hadiah Latihan Persekutuan (HLP & HLPS) KPM 2022

Advertisements

Hadiah Latihan Persekutuan adalah satu program penajaan yang ditawarkan oleh Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih

Biasiswa ini turut menaja pengajian di dalam atau luar negara sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM.

Program Penajaan KPM

Antara program penajaan KPM yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.

Cara Memohon Program HLP Dan HLPS

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut: https://epenawaran.moe.gov.my 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan HLP & HLPS KPM 2022 adalah seperti berikut:

  • Permohonan Dibuka: 24 Disember 2021
  • Permohonan Ditutup: 21 Januari 2022
  • Urusan Temuduga: April 2022

Baca juga: Permohonan Geran Kandungan Digital 2022 MDEC RM50,000

Semak Status Permohonan

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 14 Jun 2022 (Selasa), jam 3:00 petang.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui saluran di bawah:

  • Talian: 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 / 03-8321 7154 / 03-8321 7151
  • E-mel : [email protected]
  • Laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.